SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI
OMAR TAHIR,PENGKALAN BUJANG,
08100 BEDONG KEDAH
DARUL AMAN.
SEJARAH SEKOLAH
Pengasas
sekolah ini ialah Tuan Haji Omar b Tahir.
Pelan
sekolah ini telah disiapkan pada 10.5.1951. Bangunannya didirikan di atas tapak
seluas 80 kaki kali 24 kaki. Rangkanya daripada kayu bakau bulat.Dinding dan
tingkapnya pula diperbuat daripada bertam.Pintunya dibuat daripada papan dan
atapnya daripada daun nipah.
Tn Haji Omar b Tahir
Sekolah ini
dinamakan Sekolah Melayu Rakyat
Pengkalan Bujang. Hari persekolahannya bermula pada 6 Januari 1952. Tenaga pengajarnya seramai 5
orang. Kelima-lima guru tersebut telah dipilih oleh Jawatankuasa Sekolah. Murid
yang didaftarkan adalah seramai 113 orang.Semua guru yang bertugas telah
mendapat bimbingan daripada Tuan Haji Saad b haji Yusof, iaitu seorang guru
terlatih dari Sekolah Melayu Bujang.
Persekolahan telah diadakan dalam dua sesi.Iaitu sesi pagi
dan petang. Sesi pagi bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dan
sesi petang pada pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang.Setiap murid RM 3.00
sebulan. Daripada kutipan wang tersebut juga digunakan untuk membayar
gaji guru sebanyak RM 45.00 sebulan. Selepas 6 bulan sekolah dibuka kerajaan
telah member gaji tambahan sebanyak RM 45.00 seoarang.
Pada tahun
1960 sebuah bangunan tambahan telah
didirikan melalui bantuan daripada YB Encik Khir b Johari sebanyak RM 7500.00.
Bangunannya dibuat daripada papan dan simen serta berbumbungkan zink.
Keluasannya ialah 120 kaki kali 20 kaki.
Pada tahun
1961 sekolah ini telah diiktirafkan sebagao Sekolah Kerajaan dan diberi nama
Sekolah Melayu Pengkalan Bujang. Ketika itu Cikgu Darus b Sulaiman menjadi Guru
Besar dengan dibantu oleh lima orang guru penolong.
Pada tahun
1969 atas daya usaha Tuan Haji Omar b Tahir serta pemuafakatan daripada Encik
Hasan b Hanafi,En Darus b Shafie dan Guru Besar, pihak kerajaan telah bersetuju
mendirikan sebuah bangunan baru dua tingkat di atas tapak bangunan asal dengan
keluasan 120 kaki kali 24 kaki. Di samping itu didirikan juga sebuah rumah guru
yang berukuran 40 kaki kali 30 kaki.
Pada tahun
1989 kerajaan telah member peruntukan sebanyak RM50,000.00 untuk didirikan
sebuah lagi bangunan tambahan bagi menempatkan empat buah bilik darjah.Pada
tahun 1989 juga pihak kerajaan telah memberikan bantuan modal sebanyak RM
33,000.00 bagi membaik pulih sebuah bangunan lama yang rosaK
Pada tahun
1993 telah didirikan pula bangunan rumah guru dua pintu berkembar yang berharga
RM 49,995.00 yang berukuran 30 kaki kali 24 kaki.
Pada 8
November 1995 sekolah ini telah mendapat kebenaran dari Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk menukarkan namanya secara rasmi kepada Sekolah Kebnagsaan Haji Omar Tahir.
Sekolah Kebangsaan Haji Omar Tahir
sekarang.
Tambahan sebuah bangunan 4 tingkat
dibina pada tahun 2003
SENARAI NAMA GURU BESAR
1.
EN. OMAR B
SALLEH
1952-1960
2.
EN. DARUS B
SULAIMAN
1961-1979
3.
EN. ABD RAHIM B
AHMAD
1980-1980
4.
TUAN HAJI HUSSAIN B
SHARIF 1981-1987
5. TUAN HAJI ISMAIL
B HAJI AHMAD
1987-1993
6. EN. ZAINOL ABIDIN
B MD RAMLI
1993-1994
7. EN. ABDUL RAHMAN
B MD HUSSAIN
1999-1997
8. PUAN FAUZIAH BT
DARUS
1997-1999
9. PUAN ROHIMAH BT
TUJIN 1999-2000
10. EN.AHMAD KAMAL B
ABDULLAH
2000-2003
11. PUAN MAZNAH BT
AWANG
2004-2005
12. TUAN HAJI MOHD
SHUKRI B OMAR 2006-2013
13. EN MOHD ZAKIR
BIN SALLEH
2014-KINI