Seperti yang disampaikan oleh Shaykh Muhammad Al-Maaliki dari Jeddah, KSA.
Seorang wanita bertanya kepada mufti : "Bagaimana caranya untuk mengejutkan anak-anak saya yang sedang tidur terlalu nyenyak untuk solat Subuh?
Mufti menjawab: "Apa yang akan kamu lakukan jika rumah kamu terbakar dan pada ketika itu anak-anak kamu sedang tidur?"
Wanita itu berkata: "Saya akan mengejutkan mereka dari tidur".
Mufti menjawab: "Bagaimana jika mereka sedang tidur terlalu nyenyak?"
Wanita itu kemudian menjawab: " Demi Allah! Saya akan mengejutkan mereka bangun, jika mereka tidak bangun saya akan mengheret mereka keluar dari rumah."
Mufti kemudian menjawab: "Jika itu apa yang kamu akan lakukan untuk selamatkan mereka daripada api di dunia, lakukanlah perkara yang sama untuk selamatkan mereka dari api neraka di akhirat kelak."
Semoga Allah membimbing kita semua!
Search This Blog
Saturday, January 30, 2016
petua subuh
Thursday, January 28, 2016
terkena
Imam Al - Ghazali berkata sesiapa mengaku 4perkara tanpa disertai dengan 4 yang lain,maka dia adalah pendusta .sesiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan maka dia pendusta.sesiapa yang mengaku cintakan Nabi Muhammad SAW tetapi tidak cinta kepada ulamak dan fakir miskin ,maka dia pendusta.sesiapa yang mengaku takotnya Api neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat maka dia adalah pendusta...sesiapa yang mengaku cinta Allah tetapi keluh resah dengan ujian yang Allah beri....maka dia adalah pendusta......
Sunday, January 17, 2016
petua garam
Kegunaan Garam
1. Membuang busuk ikan. Ikan apabila sudah lama terdedah di darat akan menjadi busuk. Untuk menghilangkan hanyir ini, ikan diredam dalam air garam.
2. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).
3. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.
4. Mengubat Gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.
5. Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.
6. Merawat mabuk perjalanan. Sesetengah orang akan mengalami mabuk perjalanan setelah melepasi tempoh tertentu. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan diminum sebelum memulakan permusafiran.
7. Garam digunakan untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.
8. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.
9. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.
10. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dijampi dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.
11. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.
12. Mengelak panahan iblis bagi lelaki yang beristeri kerana bekerja di kawasan hutan. Petua Melayu tradisional apabila ke hutan mereka akan terserempak dengan jin yang menjelma sebagai perempuan bogel di sungai. Akibatnya mereka teringat-ingat kepada jelmaan makhluk itu sehingga mengabaikan isterinya. Cara mengatasinya sama seperti yang dinyatakan dalam para 10.
13. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir) cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dijampi dengan al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.
Thursday, January 14, 2016
penanda wacana bahasa Arab
Penanda wacana Bahasa Arab
1- بعد ذلك : selepas itu
2- لذلك : oleh itu
3- إذا كان اﻷمر كذلك : kalau begitu
4- علاوة على ذلك : tambahan pula
5- قبل ذلك : sebelum itu
6- ولذلك : oleh demikian
7- وعلى الرغم : walaupun/sungguhpun
8- خاصة : terutamanya
9- في البداية / في بادئ الأمر : pada awal nya
10- إن لم يكن : sekiranya tidak
11- وباﻹضافة إلى ذلك : di samping itu
12- مم لا شك : tidak di ragui
13- لا ينافي أحد أن : tidak di nafikan bahawa
14- ومع ذلك : walau bagaimanapun / namum demikian
15- وعلى سبيل المثال : sebagai contohnya
16- بناء على ذلك : berdasarkan demikian
17- في الواقع : realitinya
18- على هذا النحو : berhubung dengan itu
19- وفي الوقت نفسه : pada masa yang sama
20- وبالتالي : berikut nya
21- في نهاية المطاف : kesudahannya
22- وبذلك : dengan ini
23- وعرضا من هذا : sebalik dari
24- باختصار شديد : pendek kata
25- بسبب :oleh kerana
26- على الرغم من : meskipun
27- بعبارة أخرى : dengan kata lain
28- بعدئذ : sesudah itu
29- بيد أن : akan tetapi
30- رغم عن : walaupun
31- على كل حال : walaupun bagaimanapun juga
32- عندئذ : ketika itu
33- غير أن : akan tetapi
34- فضلا عن : di samping itu/ tambahan pula
35- من أجل / ﻹجل : oleh kerana
36- وانطلاقا من هذا : bertitik tolak daripada
37- من جانب آخر : dari sudut yang lain
38- من المعلوم أن / من المعروف أن :sebagaimana yg di ketahui bahawa
39- وبالجدير بالذكر أن : suka di ingatkan bahawa
40- قصارى القول أن : kesimpulannya
41- عندما : ketika mana
42- لا بد لنا : kita mestilah
43- من مظاهر ذلك أن :daripada fenomena itu sesungguhnya
44- مهما يكن من أمر ف... : walau apa pun yang terjadi maka
45- نظرا إلى : berdasarkan kepada/ melihat kepada
46- من خلال ذلك : menerusi perkara tersebut
47- وعلى صعيد آخر : dari aspek yang lain
48- من العوامل التي تساهم هذه الظاهرة : antara faktor2 yg menyumbang terjadinya fenomena ini
49- من الخطوات في طرق علاج : antara langkah yang perlu dilakukan untuk
50- من محاسن / ومن مساوي : Antara kebaikan/ antara keburukan