Search This Blog

Saturday, September 21, 2013

JANGAN BANGGA JANGAN BERLAGAK!

Jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita = TANAH LIAT
Jangan bangga dengan rumah besar kerana rumah terakhir kita = KUBUR
Jangan bangga dengan baju mahal kerana baju terakhir kita = KAIN KAPAN
Jangan bangga dengan kereta dan motor besar kita kerana kenderan kita yang terakhir = KERANDA
Jangan bangga dengan minyak wangi berjenama kerana wangian terakhir kita = KAPUR BARUS

jangan berbangga dengan apa yang ada didunia kerana itu semua SEMENTARA.
Jangan bercinta seperti hantu..

Hantu sundal bolong - di depan manis,di belakang bohong 

Hantu pocong - suka melompat-lompat dari hati ke hati yang lain

Hantu toyol - ada wang abang di sayang, takde wang abang di tendang 

Hantu pontianak - tak tahu bila nikah tiba-tiba beranak

PENAWAR KENCING MANIS MENURUT KAEDAH PERUBATAN ISLAM

PENAWAR KENCING MANIS MENURUT KAEDAH PERUBATAN ISLAM
Oleh: Muhd Rizal Baharom

Setiap penyakit itu pasti diturunkan sekali dengan penawarnya. Tetapi manusia mestilah berusaha untuk mencarinya. Ingatlah sabda Nabi SAW: "Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah." (Riwayat Muslim).

Kencing manis dikhabarkan ibu kepada segala penyakit. Kalau dah terkena, siaplah bermacam-macam penyakit lain yang akan datang. Sangat merbahaya dan sungguh menakutkan.

Jika sesiapa pernah membaca artikel kesihatan yang berkaitan penyakit ini, biasanya pesakit akan menjadi kurus, kulit jadi hitam, sel-sel mati dan akhirnya mungkin ada anggota yang terpaksa dibuang.

Di sini saya ingin berkongsi salah satu penawar yang dikatakan amat berkesan untuk melawan dan boleh sembuh dari penyakit ini dengan izinNYA.

Bahan: 
1 biji kelapa muda (isinya sedang berhingus)
3 batang serai makan
7 biji halba

Caranya:
Ketuk 3 batang serai makan dan masuk ke dalam kelapa muda. Masukkan 7 biji halba juga ke dalam kelapa muda. Kacau rata air kelapa dengan menggunakan serai tadi hingga sebati semuanya dengan isi kelapa. Letakkan kelapa di atas dapur/api. Minumlah airnya dalam keadaan suam. 1 biji kelapa untuk 2 hari minum. Buat sehingga cukup 7 biji kelapa iaitu untuk 14 hari.

Saya sangat kasihan dan sedih melihat pesakit-pesakit ini. Inilah saja cara yang dapat saya membantu. Harapannya agar dapat anda menyebarkanya untuk membantu orang-orang yang amat memerlukannya. Bagi pesakit darah tinggi dan sakit berkaitan jantung boleh gunakan kaedah sama.

Terima kasih kepada Ustaz Sharhan Shafie kerana sudi berkongsi amalan perubatan ini. Saya hanya bantu untuk menyebarkannya sahaja. Anda juga boleh sama-sama SHARE ya!. - Jabatan Pertanian Malaysia

DEMO: http://www.youtube.com/watch?v=5zxv2UMRoq4

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM -----------------------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS. 
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS. 
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA. 
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

Friday, September 13, 2013

Rahsia Garam

Rahsia Garam... Amalan sunnah yang tak diketahui...

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .

.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Petua berdasarkan kajian

Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.
— dengan Suzana HjDolah, AiNa NaJiha dan Hidayat Safiee.

Thursday, September 12, 2013

diabetes @ kencing manis


Betul ke?
LIKE Buku Resepi

Penemuan baru dari negeri China.. 
Bagi yg berpenyakit diabetes @ kencing manis:

Cukup dengan memblender 12 batang kacang panjang dicampur sebiji buah tomato merah. Minum dihabiskan. Buat 2 kali sehari.. 

Boleh cek kadar gula dalam darah pada hari esoknya.. Dijamin kadar gulanya turun keparas normal.. Sudah banyak yg membuktikannya sangat mujarab tanpa berpantang apa apa lagi.. 

Sebarkan berita ini untuk membantu mereka yang berpenyakit diabetes .

AKU bukan anti melayu


sampai kiamat pun aku mmg melayu
mak bapak, kerabat dan sahabat aku mmg melayu
india cina ada sorang dua walaupun bkn melayu
yg aku meluat sgt kononnya pejuang melayu
sampai nk pelekat jaloq gemilang pun malu
harap duit kerajaan dia yg dulu
RM2 sj pun, tu pun gigit kuku
mengada2 nk hidup melayu
eii.. naik bebulu la telinga aku !!!    

kompius..

nisbah malaysia :melayu ialah islam?
bkn melayu bukan islam?
melayu lani semua islam? 
pakai baju melayu baru jd islam?
kena jd melayu baru buleh islam?
dari dulukala mmg melayu ni islam?   
melayu apapun taktau kompom islam?
bangsa melayu bangsa islam?
hilang melayu pupus islam?  

patut la HANG mengada-ngada

sapa pun x berani nk kata apa
nk sampuk lg2 la
main kut jauh sj
hat duk kena semua mcm abg dgn kakak juga
duk diam he3 buleh biaq sj
igt aku kayu mcm..    

Saturday, September 7, 2013

apa kita nak makan?


madah padah

DR.MAZA: " Kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju... kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara... kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta... kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta... jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu... tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari? apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah? papa semakin parah? wang semakin lelah? jika semalam berlauk, hari ini cuma berkuah... kerana kerajaan kita sedang susah? maka subsidi kita terpaksa diserah...

Jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh... apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah? makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang... jika mereka bertanya siapa yang bawa lari kepada siapa patut kami tuding jari? janganlah nanti mereka membenci pertiwi... akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini.. atau kami jadi insan curang... kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang? tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

Dengar sini wahai yang tidak memijak bumi! pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami... pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati... kami yang semput bagai melukut di kota kedekut kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja pernahkah kau merasa? rumah bocor yang lanjut usia... baju dan kasut anak yang koyak tinggal dalam rumah yang berasak-asak siang kami sebak, malam kami sesak... sedangkan kalian manusia angkasa... istana permata dibina, kereta berjuta dirasa... elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga... hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

Tapi kami masih di sini..di teratak ini... dengan lauk semalam.. dengan hidangan yang tidak bertalam... dengan rumah yang suram... dengan wang yang hampir padam... tiada istana lawa...tiada kereta berharga... tiada layanan diraja..tiada baju bergaya tiada kediaman menteri...tiada hidangan vip... tiada persen di sana-sini...tiada bahagian anak dan bini... tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara... aduhai celaka bahasa yang kalian guna... kalian yang belasah, kami yang bersalah... kalian buat untung, hutang kami tanggung... kalian mewah melimpah, kami susah parah kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang... kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa... kalian makan isi, kami dijadikan abdi... lantas, kalian rampas lagi subsidi... ke mana wang itu pergi nanti?

Jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami... jika tidak pun buat gula konon merbahaya mengapa tidak beras diturun harga? jika tidak untuk minyak kereta... mengapa tambang tidak potong sahaja... tapi entah berapa kali janji... konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti... hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi... kami terus termanggu di sini... kalian juga yang nikmati... kami hanya menggigit jari... kembalikanlah kepada kami harta negara... jangan hanya kalian sahaja yang merasa... "

- Dr MAZA

Thursday, September 5, 2013

thai feat temasek

Cerita penglipur lara....
Ada satu cerita, PM Singapore pergi ke Thailand untuk majlis makan malam dengan raja Siam. Mula-mula dia orang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam..

PM Singapore :
Lepas makan udang, apa orang Thailand buat dengan kulit udang?
Raja Siam :
Kami tak buat apa.kami buang aje.
PM Singapore :
Kat Singapore, kami recycle kulit udang. Jadi keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand.

Lepas tu dia orang makan limau pulak. PM Singapore Tanya lagi

PM Singapore :
Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?
Raja Siam :
kami tak buat apa,kami buang aje
PM Singapore :
Kat Singapore, kami recycle kulit limau jadi jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand.

Last sekali,
dia orang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun tanya.

PM Singapore :
Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?
Raja Siam :
Kami tak buat apa, kami buang aje.
PM Singapore :
Kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadi kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand.
Raja Siam :
Apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?
PM Singapore :
Kami tak buat apa, kami buang aje.
Raja Siam :
Kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadi chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore.

Erk! Muka PM Singapore jadi merah padam dan sebaik saja PM Singapore balik ke negaranya, dia terus haramkan chewing gum di Singapore, sampai sekarang..
Kisah pengharaman chewing gam di singapore..

Tuesday, September 3, 2013

jimat minyak

cara bodoh tp kurang cerdik..kat traffic light dan jalan2 jam off engine sat..bila nak jln baru on balik...dan yg paling efektif skali jgn pangkah BN la ..PR nak bg minyak turun x nak,anak2 nak masuk IPTA free x nak,tol free tak nak...nak kata apa puak2 tu.
ehsan-Azizan Almurad

Monday, September 2, 2013

al-Hijab

Seorang Doktor Perempuan asing (non arab) yang berhijab menjawab dengan mudah dan cerdas ketika ditanya tentang jilbab

Sesungguhnya manusia pada masa zaman purba telajang, dengan berkembangnya pemikiran melewati berbagai zaman, maka manusia mulai memakai pakaian, hingga seperti yang saya pakai sekarang, dan apa yang saya pakai adalah puncak pemikiran, dan tingkatan tertinggi yang telah dicapai manusia setelah melalui berbagai masa, dan bukanlah bentuk keterbelakangan. Adapun "buka-bukaan" adalah bentuk keterbelakangan dan kemunduran pemikiran manusia ke zaman purba. Kalau seandainya "buka-bukaan" adalah bentuk kemajuan, maka yang paling maju adalah binatang!

tak telanjang tak maju !!!

Sunday, September 1, 2013

Diabetis mauripan

Kepada pesakit Diabetis. 

Pada hari raya kedua saya beraya di rumah pak cik saya yang temankan saya menunaikan hj dalam tahun 1992. Dia baru balik dari keluar Tabligh. Dalam pertemuan singkat itu, sempat lah mendengar "ceramah" beliau tentang penyakit. Menurut beliau, walaupun dari segi perubatan moden, sakit kencing manis itu hanya boleh dikawal, namun tidak boleh sembuh, namun daris egi perubatan Islam, penyakit itu tetap ada penawarnya. Dan betul seperti janji Allah, " Setiap penyakit ada ubatnya kecuali kematian". Beliau memaklumkan, untuk merawat kencing manis, perlu dirawat pankerias kerana kerosakannya menyebabkan tidak dapat merembeskan insulin secara normal. Caranya adalah dengan mengambil sebiji buah tomato yang cukup masak (merah). potongkannya dan blend dengan sesudu teh yis (mauripan) dicampur dengan secawan air (air jangan banyak sangat, sebab kalau tomato besar akan menjadi banyak sangat dan sukar untuk dihabiskan). Juga perlu diminum segera sebaik buah tomato dikisar kerana jika dibiarkan, gelembung yis akan memenuhi cawan dan susah untuk meminumnya. Buat 3 hari berturut2, kemudian dos boleh dikurangkan....Perkara ini telah dicuba kepada ibu saudara saya ketika admit di hospital putrajaya, kaki beliau yang bengkak susut dan tidak perlu dibedah..semuga anda semua mendapat manafaat dari perkongsian ini. Semuga cepat sembuh..amin...