http://www.zamzar.com/
Search This Blog
Wednesday, October 23, 2013
Saturday, October 19, 2013
Friday, October 18, 2013
Saturday, October 12, 2013
Friday, October 11, 2013
sebak
Ada
seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dengan rumah seorang ibu
miskin dengan 2 anak. Satu malam tiba-tiba mati lampu, dgn bantuan
cahaya handphone dia ke dapur mahu mengambil lilin, tiba-tiba ada yg
mengetuk pintu, ternyata anak miskin sebelah rumah. Anak itu bertanya
dengan risau : "Kakak, ada lilin tak?"
Gadis itu berfikir : JANGAN PINJAMKAN nanti jadi satu kebiasaan, maka si gadis berteriak, "TIDAK ADA!!".
Ketika itulah si anak miskin berkata riang: "Saya sudah duga kakak
tidak ada lilin. Ini ada 2 lilin saya bawakan untuk kakak. Kami
bimbang kerana kakak tinggal sendirian dan tidak ada lilin."
Si gadis merasa bersalah, dalam linangan airmata, dia memeluk anak kecil itu erat-erat.
Janganlah kita mudah BERPRASANGKA, dan BERKONGSILAH...
Kerana kekayaan tidak bergantung kepada berapa banyak kita ADA, tetapi berapa banyak KITA BOLEH MEMBERI.
alangkah
Aqidah memang tidak boleh dijualbeli tetapi mudah tergadai tanpa
sedar. Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid buat duit masjid
macam duit mereka sendiri. Curi rm2 kena penjara. Mungkin yg melidi duit
tabung tu dalam kesempitan sangat.
Aku pernah masuk gereja dekat
komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan
sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam2 note. Aku
belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah,
catitan.
Berbagai kaum punya nama
ada dan memang aku mencari nama melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor
talipon. Salah satu nama lelaki ambil rm50 utk beli susu anak.
Aku call no yg dicatat. Sembang bbrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.
"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari
pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini.
Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus
ambik kemudian baru tulis nama.
Saya pun pergi tempat tu dgn dia."
Kenapa encik ambik limapuluh je. Bukan ada orang jaga pun?
"entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun
dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit utk tambang
pusing2 cari kerja."
Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik?
"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus malam
lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja
jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."
Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu. Encik masih kerja di situ?
"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan. "
Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan
jumlah terkumpul ratusan ribu tp ahli qariah ada yg dapur tak berasap.
Kalu betul Gereja bagi duit macam ni, memang bagus, bole jadi teladan.
Persoalan.. Kemana duit masjid? Duit zakat? Muslim masih ramai merempat..
Subscribe to:
Posts (Atom)