sebak
Ada
seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dengan rumah seorang ibu
miskin dengan 2 anak. Satu malam tiba-tiba mati lampu, dgn bantuan
cahaya handphone dia ke dapur mahu mengambil lilin, tiba-tiba ada yg
mengetuk pintu, ternyata anak miskin sebelah rumah. Anak itu bertanya
dengan risau : "Kakak, ada lilin tak?"
Gadis itu berfikir : JANGAN PINJAMKAN nanti jadi satu kebiasaan, maka si gadis berteriak, "TIDAK ADA!!".
Ketika itulah si anak miskin berkata riang: "Saya sudah duga kakak
tidak ada lilin. Ini ada 2 lilin saya bawakan untuk kakak. Kami
bimbang kerana kakak tinggal sendirian dan tidak ada lilin."
Si gadis merasa bersalah, dalam linangan airmata, dia memeluk anak kecil itu erat-erat.
Janganlah kita mudah BERPRASANGKA, dan BERKONGSILAH...
Kerana kekayaan tidak bergantung kepada berapa banyak kita ADA, tetapi berapa banyak KITA BOLEH MEMBERI.
No comments:
Post a Comment