www.tengkuasmadi.com
Search This Blog
Saturday, December 28, 2013
Janji Allah
Janji Allah di akhir zaman Islam PASTI menang. Jika kita tidak mahu
kepada Islam, maka Allah akan cabut Islam daripada kita dan Allah
berikan Islam itu kepada orang yang mahu
memperjuangkannya. Malah Allah mungkin memilih musuh kita untuk
diberikan petunjuk dan hidayah sepertimana Allah telah memilih Khalid
Al-Walid r.a. dan Umar al-Khatab r.a. menjadi pejuang Islam.
Allah tidak memerlukan bantuan kita menegakkan Islam, sebaliknya kitalah
yang memerlukan Allah. Allah tidak bertindak atas kelalaian dan
kealpaan kita adalah tanda yang Allah Maha Pengasih lagi Penyayang.
Namun semua itu ada tempoh waktunya. Sampai masa Allah pasti bertindak
untuk memberikan pelajaran atau pengajaran. Sesiapa yang tidak mahu
berubah, pasti rebah.
www.tengkuasmadi.com
www.tengkuasmadi.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment