Search This Blog

Wednesday, December 30, 2015

amanat bisnes tuan faizal

USAHAWAN BEBALISME

Seorang sahabat bertanya adakah idea perniagaan beliau bagus dan akan berjaya. Saya diam. Saya tak mahu menjawab kerana usahawan merupakan seseorang yang mencabar konvensional dan berani mengharungi segala ketidakpastian. Maksudnya, kalau saya jawab "tidak," dia sepatutnya memulakan bisnes itu dan membuktikan saya salah. Itu usahawan.

Saya pernah sebutkan apabila Jack Ma pengasas Alibaba dan kini orang ke-18 terkaya di dunia, ditolak oleh venture capitalists, dia tidak berhenti. Tuan Haji Ali Hassan, pemilik kumpulan lebih 140 buah rangkaian kedai peralatan sukan pernah ditolak oleh banyak bank, dia tidak berhenti. Apabila kedai sukan beliau diserbu penguatkuasa PBT, Tuan Haji Ali Hassan berjalan terus.

Seseorang yang nak jadi usahawan harus ada sifat bebal dan keras kepala. Elok juga jika kepala batu. Atau, kepala simen. Lagi orang kata tak boleh, lagi dia nak buat. Usahawan seharusnya merupakan non-conformist.

Sekiranya anda ingin sesuatu yang pasti atau hampir pasti, jadilah pegawai bank. Pegawai bank beri pinjaman hanya apabila pasti dapat kutip bayaran. Kalau ada risiko, minta cagaran. Kalau risiko tinggi, minta cagaran lebih banyak atau naikkan kadar faedah (atau keuntungan). Usahawan bukan begitu.

Mark Cuban, pemilik Dallas Maverick dan Magnolia Pictures, pernah kata bisnes ialah dunia yang penuh dengan tidak kepastian. Apa yang pasti ialah apabila usahawan berhutang, mereka kena bayar hutang.

Di sinilah usahawan kena ada sifat bebal atau bebalisme. Cuba tanya usahawan yang berjaya, mereka ada kisah-kisah keras kepala yang menjadikan mereka berjaya. Sekiranya mereka dengar cakap orang, sampai sekarang pun mereka tidak akan ke mana-mana.

Walaupun saya selalu menyebut mengenai pembinaan kapasiti, namun kita usah sertai latihan demi latihan keusahawanan sehingga menjadi training junkie. Sijil penuh di dalam fail, tetapi masih belum memulakan bisnes. Kutip sijil latihan bukan bisnes.

Memulakan bisnes samalah seperti berenang. Walau bagaimana hebat sekali pun kita belajar, selagi kita tak terjun ke dalam kolam, sungai atau laut, selagi itulah kita tidak pandai berenang.

Memang kita perlu ada sedikit kemahiran sebelum berenang. Namun begitu, apabila kita berenang nanti, barulah kita akan kaut kemahiran baru yang kita tidak boleh belajar di atas dataran. Kemahiran-kemahiran ini saya namakan sebagai "survival skills" atau dalam bahasa mudah, kemahiran nak hidup.

Nasihat saya ialah, mulakan bisnes. Mulakanlah apa saja. Dunia keusahawanan ialah dunia harapan dan dunia impian.

Usahawan yang memulakan perniagaan dengan jual 50 bungkus nasi lemak boleh impikan membesar dan sediakan katering kepada syarikat penerbangan antarabangsa. Orang yang jual tudung secara online boleh bermimpi menguasai platform yang mampu bersaing dan boleh buatkan Lazada tak tidur malam. Anak muda yang memulakan bisnes menyewa dua buah kereta boleh berfikiran besar untuk menandingi Uber atau paling tidak, Avis atau Hertz.

Ringkasnya, usahawan kena bebal. Usah cuba dapatkan endorsement orang lain. Biar orang panggil anda usahawan bebalisme. Buatlah apa yang anda percaya akan berjaya. Buatlah sekarang!


Sunday, December 6, 2015

5A

UPSR bukan pengukur sebenar kejayaan seseorang di masa depan. Ia cuma pemudah laluan. Kepada yang tidak mendapat A tu, masa masih panjang. Jadikan ia ejen perubahan kepada lebih baik. Yang penting akhlak yang cemerlang kerana keindahan hidup hanya datang dari manusia berakhlak.


ma sya Allah !


dajjal maya

yang baik jadikan teladan.

Dajjal...
Malam tu, macam biasa, aku akan habiskan beberapa helaian bacaan aku sebelum lelapkan mata.
Sambil anak aku kat tengah diantara aku dan isteri aku sibuk beraksi menyusu. Kejap meniarap, kejap menonggeng, kejap punggung dia tindih muka aku. Tu rutin dia sebelum tidur.
" Dajjal tu dah ada ker awak? Dia dah keluar ker?", tiba2 isteri aku bertanya.
" Dah ada dah. Cuma mungkin ada yang tak perasan," jawabku ringkas sambil menutup buku dan mengalihkan kaki anak aku yg dari tadi terletak atas leher aku. Tidur jugak akhirnya.
" Dah ada? Kat mana?," tanya isteriku sambil berpaling mengadapku.
" Media. Segala jenis media. Itulah dajjal. Media cetak, media massa, media hiburan, media internet, dan segala mak nenek media adalah dajjal, " jawabku sambil melipatkan kedua tangan kebelakang kepala aku dan memandang tepat pada siling rumah.
" Aikk? Media?? Nape pulak?," tanya isteriku lagi.
Kali ini dia kelihatan begitu serius sekali. Sambil sebelah tangannya dijadikan penyendal kepalanya dan merenung tepat pada aku.
" Ini menurut pembacaan dan pandangan peribadi sayalah. Sebab jika dajjal muncul dalam bentuk raksaksa yang menakutkan, mesti tiada orang nak ikut dia. Jadi dajjal akan muncul ikut kesesuaian fitrah manusia. Barulah manusia percaya dan ikut dia ," jelasku sambil merenung siling dan fikiranku mengimbas kembali kepada beberapa bacaan aku berkenaan Dajjal.
" Oooo.... Betul jugak naaa.. Lagi2.. Ceritalah dajjal ni," ujar isteriku dalam loghat Penang yg takkan hilang dari lidahnya.
" Antara sifat dajjal, bermata satu. Pada pemahaman saya ianya adalah kamera. Segala kamera itu mewakili penglihatan dajjal. Samada kamera telefon, kamera perakam, cctv dan semua jenis kamera. Dari mata dajjal itu tersebar pelbagai fitnah dan kebencian. Kemudian manusia menjadi huru hara , bergaduh, berbunuh dan berperang. Sebab satu maklumat daru kamera, manusia percaya. Walhal maklumat itu tipu. Kemudian sifat dajjal itu mampu menyeberangi dari satu negara ke satu negara dengan sekejap sahaja. Merentas benua dgn benua juga mudah. Lautan berada dibawahnya, sebenarnya itu adalah gelombang internet. Dengan internet, fitnah dan kebencian mudah dihantar. Maka manusia mudah dihasut dan percaya. Perkara yang benar, nampak salah, perkara yg salah, nampak betul.Lihat sahaja media television, jual produk contohnya syampu rambut. Boleh lurus, tapi hkikatnya itu tipu. Lihat sahaja iklan susu formula dari 123456 tahun, semua orang percaya. Kemudian ikut. Walhal Al quran perintah susu ibu cuma 2 tahun diorg tak nak ikut. Itulah antara fitnah dajjal," jelasku panjang lebar sambil mengadap pada isteriku.
" Ya Allah... Takutnya..," tiba2 isteri aku berbisik.
" Kena ingat, tujuan dajjal menyesatkan umat Islam. Tujuan dajjal mengawal otak dan pemikiran manusia. Segala benda baik, jika dajjal kata buruk, maka manusia percaya. Segala benda buruk, jika dajjal kata baik, semua manusia percaya. ", jelasku lagi.
" So kenapa ada berpendapat baca surah Al kahfi dapat lepas fitnah dajjal?", tanya isteriku lagi.
" Sayang, Al quran itu bukan sekadar dibaca. Bukan sekadar dihafal. Paling penting difahami kemudian diamal. Kalau tak faham macam mana nak amal? Kalau baca sekadar baca, nasrani dan yahudi juga membaca kitab suci agama mereka. Apa antar kisah dalam surah Al kahfi yg saya selalu cerita pada awak?," ujarku.
" Kisah pemuda Ashabul kahfi dan seekor anjing lari tidur dalam gua selama ratusan tahun sebab lari dari pemerintah zalim ," jawab isteriku sambil tersenyum kerana berjaya menjawab soalanku.
" Betul. Konteks cerita itu sama seperti dajjal. Pemuda dan anjing itu pada masa itu tiada pilihan. Selain mengasingkan diri dari masyarakat yang kian rosak. Dan penguasa yg zalim. Jadi, kalau nak selamat dari fitnah dajjal, kita jangan suka buat sesuatu perkara sebab ramai orang buat. Walhal kita tak memahami kenapa perkara itu dibuat. Buat sebab kita faham. Bukan ikut ikutan. Dan orang yg selamat dari fitnah dajjal adalah golongan yg ' ganjil '. Mereka hidup tidak mengharapkan sistem ciptaan manusia sangat. Mereka hidup berpandukan pemahaman Al quran dan sirah nabi s.a.w. Merekalah golongan yg beli kereta cash, tidak terlibat riba'. Tidak terpengaruh dengan media dan leka dengan dunia. Senang kata mereka ni kalau orang sekarang nampak mereka gelar kelompok ni kolot, selekeh. Walhal merekalah yg jauh dari fitnah dajjal. Mereka bukan golongan terasing, tapi golongan yg memilih untuk mengasingkan diri dari dunia yg rosak, " jawabku lagi sambil mencium anakku berkali kali yg sedang lena diulit mimpi.
" Patutlah awak tak nak astro kat rumah ni ea? Oklah syg, skrg sy faham. Kita tak payah astro k? ," ujar isteriku sambil bingkas duduk dan tersenyum.
" Kiamat tu berlaku sehingga ibu pun akan membuang dan tidak pedulikkan anaknya, dan sy dah nampak zaman skrg banyak ibu yg sibuk bekerja dan sibuk main handphone sampai anak terbiar, kiamat sudah dekat sayang.... Sy akan buat apa sahaja yg saya mampu untuk lindungi keluarga saya. Sebab tu ada riwayat sebut, ikatlah anak bini kamu pabila dajjal muncul. Dan skrg sy tgh ikatlah ni. Hehe... Ikat hati dan pemikiran. Bukan ikat jasad.., ' jelasku sambil mula menarik selimut.
" Imam mahadi pulak? Ceritalah... Awak asyik mengadap buku jer, tapi tak cerita pun kat saya ," ujar isteriku sambil mula membetulkan posisi badannya.
" Nanti saya ceritakan. Kiamat dan kemunculan dajjal akan berlaku dalam konteks akal manusia boleh terima. Bukan dalam keadaan yg ganjil. Masa sudah semakin suntuk. Ummat islam sudah tidak punya banyak masa, sebab tu yahudi banyak menguasai teknologi. Sebab tentera dajjal adalah yahudi. Imam mahadi juga sudah ada. Dia hanya belum membuat pengumuman rasmi. Selagi anak muda islam masih leka begini, selagi itulah islam dibuli. Tidurlah. Doa supaya semuanya selamat. Kerana Allah kekal ada. Sy mintak maaf yer kalau arini ada buat silap. Assalamualaikum, " ujarku sambil meminta maaf, risau2 esok tak bangun subuh hari.
" Waalaikumsalam sayang, sy pun minta maaf. Sy harap harini sy jadi isteri yg memberi manfaat untuk anak dan suami. Nite sayang...," jawab isteriku sambil memejamkan mata.
~ Hannah, saat cerita ini ditulis . Saat ini hati mama dan ba selalu risau. Adakah Hannah akan membesar melihat Islam sebagai agama menyelamat umat manusia, sebagaimana waktu islam mula2 sampai, atau adakah waktu itu Islam masih jadi agama dagangan beberapa kelompok kapitalis agama? ~
Islam agama yg bermulanya nampak ganjil, maka pengakhirannya sebelum kiamat juga akan nampak ganjil. Beruntunglah orang2 ganjil.
Sollua'lannabiii...


13 perkara yang perlu dijaga oleh wanita




1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah.

3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang)
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja. (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud: Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri


Friday, December 4, 2015

bacalah !

·


Bacalah Al-Quran...
Manjakannya seperti menatang minyak yang penuh..
Jangan tunggu sehingga kamu dibacakan AL-Quran..
Masa itu, sudah tidak dapat memilih surah favourite kecuali Al-Fatihah & Yasin..


Sunday, November 8, 2015

ciuman berwudhuk

Ulamak berbeza pendapat mengenai hukum menyentuh kulit perempaun ajnabi (yang halal dinikahi), apakah membatalkan wudhuk? 
Menurut mazhab Syafi'i, hukumnya batal secara mutlak (tanpa syarat). Ini termasuk dengan isteri sendiri.

Mazhab Maliki : Menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wudhuk jika dengan tujuan `talazzuz' (berlazat-lazat), atau mendapat kelazatan ketika bersentuhan.

Hanafi : Menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak, samada dengan tujuan talazzuz atau merasainya ketika bersentuhan.

Mengapa mereka berselelisih pendapat?

Ulamak Syafi'i berdalilkan, firman Allah Taala :

"Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan." (al-Maidah:6) 
Mereka menafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas- dengan maksud bersentuhan (al-lams) 
Hanafi pula menafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan. Penafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah, katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. mencium/kucupnya, sedangkan baginda berpuasa, dan sabdanya: Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wudhuk dan tidak membatalkan puasa (Riwayat Ishak bin Rahawiyah dan al-Bazzar)

Ada hadis lain riwayat al-Nasa'i dan Ahmada, juga dari Aisyah, katanya :
Nabi mencium sebahagian dari isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang, dan tidak berwuduk. 
Manakala Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh ulamak syafi'i dan hanafi.

(lihat: Dr Muhamad Bakar Ismail di dalam al-Feqh al-Wadhih minal Kitab was Sunnah, vol 1, hal 62) 
Wallahu 'alam


Friday, November 6, 2015

tidur isyak

artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.
Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3jam sahaja. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 malam hingga 12 malam (tapi kita di zaman skrg ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dàn bangun jam 2pagi...itu dah lebih dari baik).
Berdasarkan sunnah, Rasulullah saw sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat 'Baraka' di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur.


sir henry guni

Bagi mereka Henry Gurney yang berlumuran darah rakyat Palestin dan rakyat Malaya itu adalah "Sir Yang Mulia" manakala mereka yang menentang penjajah adalah "penderhaka", "pengganas" dan macam-macam lagi.

Namum siapakah sebenarnya Sir Henry Gurney ini.

Apa tugas dia dan jasa beliau sehingga ada banyak tanda peringatan khas buat beliau.Perkongsian sahabat tentang fakta sebenar siapa Henry Gurney.

Apa kerja beliau ?

- Henry Gurney berkhidmat dengan King Royal Rifle Corps dari 1917-1921.

- Kemudian menyertai pasukan perkhidmatan di tanah jajahan British di Kenya pada
1921.

- Kemudian menjadi Pembantu Setiausaha Tanah Jajahan di Jamaica ( 1935),

- Ketua Setiausaha ke Persidangan Gabenor-Gabeno Afrika Timur (1938 - 1944),

- Setiausaha Tanah Jajahan Gold Coast, Australia (1944 - 1946),

- Ketua Setiausaha Kerajaan Palestin (1946 - 1948).

- Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu pada (1948-1951)

Sejarah yang kita tahu pasal beliau adalah pernah menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu.

Dan pasal Rancangan Briggs yang dijalankan oleh beliau untuk menghapuskan komunis di Tanah Melayu.

Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu.

Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya, Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier.

Pada 7 Oktober 1951,ditembak mati di Bukit Frazer.

Namum sejarah awal sebelum dia datang ke negara kita tidak pula kita ambil kisah.

Tahukah anda bahawa sebelum dia datang ke Tanah Melayu, beliau berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kerajaan Palestin.

Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948).

Apa kerjanya dan apa jasa dia di Palestin ? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.

Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948),dimana di dalam peristiwa Dier Yasin itu, penduduk Palestin telah dihalau oleh pendatang Yahudi.

Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin.
Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin,beliau telah meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin di dalam Peristiwa Dier Yasin tersebut.

Malangnya, nama beliau di sanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda.

Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!

Jadi apakah kita mahu sanjung orang putih ini? Sir Henry Gurney yang telah menyiksa rakyat Palestin.

Elok sangat guru Sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka.

Moga mereka tahu kisah sebenar Sir Henry Gurney.

Terbongkar satu lagi penyelewengan sejarah.

Kisah Sir Henry Gurney.
Mei 1948 Henry Gurney mengganas di Deir Yasin Palestine. Okt 1948 ke Kuala Lumpur sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia


marah bisik

MENGAPA HARUS MENENGKING KETIKA MARAH ?
Seorang ulama bertanya ;
Kenapa orang suka bercakap dengan lantang / menjerit / menengking apabila sedang marah?
Muridnya menjawab ;
Kerana kita hilang sabar, kita menjerit.
Ulamak itu berkata ;
Tetapi, kenapa harus menjerit pada orang yang ada di sebelahmu?
Kan mesej itu sampai juga tanpa bsuara tinggi?
Ulamak itu menjelaskan ;
Bila 2 orang saling marah, hati mereka akan menjauh.
Untuk dapat menempuh jarak yang jauh itu, mereka terpaksa menjerit agar boleh di dengar.
Semakin marah, semakin jauh jarak, dan semakin keras jeritan...
Ulamak itu berkata lagi ;
Cuba renung pula bagaimana apabila 2 insan jatuh cinta?

Mereka tidak menjerit kepada satu sama lain.

Mereka berbicara lembut, karena hati mereka berdekatan.

Jarak antara 2 hati itu tidak ada, malah ia sangat dekat..
Dan apabila mereka semakin mencintai,

Mereka tidak lagi berbicara. Hanya berbisikan dan saling mendekat, dalam kasih-sayang.

Akhirnya, mereka bahkan tidak perlu lagi berbisikan.

Memadai mereka cukup dgn saling memandang. Itu saja.


Saturday, October 31, 2015

masa mati

yang melewatkan solat itu
tidak takut dengan mati



ihsan cNp

Wednesday, October 21, 2015

asap

jerebu itu tazkirah alam buat kita manusia yg sentiasa sibok malah berbangga pula dg dosa2. suke jerebu sbb dpt cuti? ustaz azhar pesan jgn suke sgt... sbb qiamat dtg swaktu asap brkumpol di bumi. skrg jerebu x nmpk mentari. bygkan bila dh boleh nmpk mentari tiba2 kita trsedar rupenye matahari dh berubah arah - terbit di barat tnggelam di ufuk timur.



ihsan cNp

Sunday, October 18, 2015

syiah

"Wanita yang pakai niqab dan jubah hitam aku takut dia syiah ja".
"Astaghfirullah!"
"Habis yang dedah sana sini tu,
Ahli Sunnah Wal Jamaah lah ye?"



ihsan cNp

Saturday, October 17, 2015

perghhhhh ketum

Seorang Pemuda ditangkap oleh polis kerana minum air ketum...
Pemuda:Encik knp sy ditngkap Encik apa salah sy Encik???
Polis:Ape salah awq.....awq tnya la diri awq tu...
Pemuda:Adakah salah sy minum air ketum???
Polis:Ya,tahu pun....
Pemuda:Habis tu knp kilang arak di KL tu tk ttp sdngkan arak itu brdosa pada Allah bukannya berdosa pada negara????
Polis:Manalah sy tahu awq tnya lah Najib sndiri apelah kau ni....
Pemuda:Jadi lpas lah sy ni???.....
Bodoh lah negara ni tkkn minum air ketum pun boleh masuk penjara tapi minum arak boleh sdngkn ARAK itu LARANGAN ALLAH....



ihsan cNp

bidaah



ihsan cNp

Wednesday, October 14, 2015

kuasa Allah

Menantu doktor lawan Menantu Alim.
Pada suatu hari ada seorang menantu yg kurang pelajaran sekolahnya..beliau hanya sekolah sehingga darjah 6 ja..tetapi tinggi ilmu agama dan kuat imannya..beliau berkahwin dengan isterinya baru 2 bulan..satu hari keluarga mentuanya berkumpul setelah lama tk kumpul bersama .menantu yg pertama adalah seorng doktor..beliau adalah menantu kedua..kerja kampung je..jd mak mentua dia amat memandang hina pada lelaki ini..dgn niat yg jahat mak mentua ni mengajak menantu2 nya ini ke bandar..bersama suaminya..
apabila kereta bergerak ibunya ternampak itik angsa mengejar budak dengan bunyi yg cukup kuat..lalu ibunya bertanya kepada menantu pertama..wahai menantu kesayanganku..kenapa suara angsa begitu kuat..lalu menantu pertama menjawab mengikut kajian saintis..lehernya panjang..dia boleh simpan banyk udara..sebb tu bunyi dia kuat..ibunya tersenyum gmbira dgn kebijaksanaan menantunya..lalu ibunya dgn nada kasar menanyakan pada menentu kedua..apa jawapan kau!!?.. lelaki itu menjawb ni semua kuasa Allah mak..maknya terus menjawab tu lah jawapan kau!!..macam tak sekolah!!
kemudian sambil menuju keluar kampung maknya ternampak itik berenang..lalu dgn nada lembut bertanya pada menantu pertama..knapa itik boleh terapung nak..menantu yg pertama menjawab mengikut kajian sainstifik bulu itik dapt mengumpul udara di celah2 nya..sebb tu dia dapt terapungkan badannya..lalu ditanya pada menantu kedua soalan yg sama..jawbnya kuasa Allah mak..dgn muka tension mak dia terus ckp, menyampah!!!
setelah hampir sampai kebandar..maknya ternampak orng tua sedang menunggu bas..sambil memakai kopiah..apabila di buka kopiah tu rambutnya botak tengh..lalu ditanya pada menantu yg pertama..mengapa pakcik tu rambut dia botak tengah?..menantu yg pertama mnjawab mengikut kajian sainstis pakcik tu selalu pakai kopiah jadi kepalanya jarang kena pancaran matahari..sebab itu sel rambut mati..mak dia terus cakap, kau dengr tu!!..orang yg belajar tinggi..jawapannya semua lengkap!..kau bila di tanya jawapan nya semua kuasa Allah..bodoh!!..
setelah sampai ke bandar, dan selesai urusan semuanya, mereka pun pulang..setelah sampai, mereka makan bersama, apabila di meja makan maknya menceritakan semula pada isteri isteri menantunya..dia berkata menantu mak yg pertama memang bijak pandai, yg kedua tak boleh pakai.. bodoh!!
menantu yg kedua terus bersuara, mak.. jawapan yg sy bagi tadi semuanya betul.. maknya dengn muka marah berkata, alah depan bini nk tunjuk pandai..kalau kau pandai apa jawapnnya..
lalu lelaki itu menjawab ni semua kuasa Allah mak..mak dengr apa yg sy nk terangkan ni..jawapan pertama tadi..sebab apa angsa suara kuat pasal leher panjangkan?cuba mak dengar suara katak selepas hujan, sekampung boleh dengar.. katak tu lansung takde leher.. yg kedua itik bulu banyakkn...sebb tu boleh terapung kt air, itu jawapan menantu kesayangan makkn? habis tu feri kt laut takde bulu pun kenapa boleh terapung.? yg ketiga rambut pakcik tadi tk tumbuh sebb selalu pakai kopiahkan.. jadi tak kena pancaran matahari.. sebb tu sel matikn? habis mak hari2 pakai spenda..siap pakai kain lg kt luar..kenapa bulu tumbuh jugk?.. maknya terus menundukkn muka dan terdiam..menantunya berkata ni semua kuasa Allah.. Allah maha kuasa atas segalanya..
kita ni tak bijak mana pun..jadi jangn riak sangt kita ni hamba Allah, kuasa Allah jangn dipertikai..



ihsan cNp

Monday, October 12, 2015

doa awal bulan

Dalil Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun

SOAL: “Apakah doa akhir tahun dan awal tahun ada dalilnya?

JAWAB: “Ya jelas ada dalilnya. Masakan doa tidak ada dalilnya. Di dalam al-Qur’an Allah subhanahu wata’ala berfirman:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ (60)

“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina”. (QS. Ghafir : 60).

Ayat di atas memberikan pesan agar kita selalu berdoa kepada Allah, dan Allah menjanjikan akan mengabulkan doa kita. Sedangkan orang yang sombong dari menyembah-Nya seperti tidak mau berdoa kepada-Nya, diancam dimasukkan ke neraka Jahanam.

Perintah berdoa dalam ayat di atas bersifat mutlak dan umum. Karena itu berdoa pada akhir tahun dan awal tahun, masuk dalam keumuman perintah ayat tersebut.”

SOAL: “Tapi dalil khusus akhir tahun dan awal tahun kok tidak ada.”

JAWAB: “Ada, yaitu diqiyaskan dengan doa awal waktu dan akhir waktu. Misalnya doa pada awal bulan dan akhir bulan. Dalam kitab-kitab hadits diriwayatkan:

DOA AWAL BULAN

عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللهِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى الْهِلاَلَ قَالَ: ” اَللهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَاْلإِيْمَانِ وَالسَّلاَمَةِ وَاْلإِسْلاَمِ رَبِّيْ وَرَبُّكَ اللهُ ” رواه الدارمي والترمذي وقال: حديث حسن

Dari Thalhah bin Ubaidillah radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam apabila melihat hilal (bulan pada tanggal 1, 2 dan 3), maka beliau berdoa: “Ya Allah, perlihatlah bulan ini kepada kami dengan kebahagiaan, keimanan, keselamatan dan keislaman. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.” (HR. al-Darimi [1730] dan al-Tirmidzi [3451]. Al-Tirmidzi berkata: “Hadits ini hasan”.).

 
عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، قَالَ: كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَأَى الْهِلاَلَ قَالَ : ” اَللهُ أَكْبَرْ ، اَللّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِاْلأَمْنِ وَاْلإِيْمَانِ وَالسَّلاَمَةِ وَاْلإِسْلاَمِ ، وَالتَّوْفِيْقِ لِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَى ، رَبُّنَا وَرَبُّكَ اللهُ “. رواه الدارمي

Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila melihat hilal, maka berdoa: “Allah Maha Besar. Ya Allah, perlihatkanlah bulan ini kepada kami dengan keamanan, keimanan, keselamatan, keislaman dan pertolongan pada apa yang Engkau cintai dan Engkau ridhai. Tuhan kami dan Tuhanmu adalah Allah.” (HR. al-Darimi [1729]).


عَنْ قَتَادَةَ ، أَنَّهُ بَلَغَهُ ، أَنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى الْهِلاَلَ قَالَ : ” هِلاَلُ خَيْرٍ وَرُشْدٍ ، هِلاَلُ خَيْرٍ وَرُشْدٍ ، هِلاَلُ خَيْرٍ وَرُشْدٍ ، آَمَنْتُ بِاللهِ الَّذِيْ خَلَقَكَ ” ، ثلاث مرات ، ثم يقول : ” اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ ذَهَبَ بِشَهْرِ كَذَا وَجَاءَ بِشَهْرِ كَذَا “. رواه ابو داود

Dari Qatadah, bahwa telah sampai kepadanya, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam apabila melihat hilal, maka berdoa: “Semoga bulan ini membawa kebaikan dan petunjuk. Semoga bulan ini membawa kebaikan dan petunjuk. Semoga bulan ini membawa kebaikan dan petunjuk. Aku beriman kepada Allah yang telah menciptakanmu.” Sebanyak tiga kali, kemudian berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah membawa pergi bulan ini, dan datang dengan bulan ini.” (HR. Abu Dawud [5092]).

Hadits-hadits di atas menunjukkan anjuran membaca doa pada awal bulan, setelah perginya bulan sebelumnya. Doa akhir tahun dan awal tahun, dianjurkan juga, dengan diqiyaskan pada doa awal bulan di atas. Di sisi lain, dalam kitab-kitab hadits juga disebutkan doa-doa yang dianjurkan pada awal terbitnya Matahari dan setelah terbenamnya Matahari, sebagaimana dijelaskan dalam kitab-kitab tentang doa dan dzikir, seperti kitab al-Adzkar karya al-Imam an-Nawawi dan semacamnya. Wallahu a’lam.


SOAL: “Kalau dalil doa akhir tahun dan awal tahun tersebut didasarkan pada dalil qiyas, apakah



ihsan cNp

Friday, October 9, 2015

berita gembira

Dari Ibnu Abbas RA katanya: Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.
(Riwayat Imam Muslim)



ihsan cNp

Thursday, October 8, 2015

yang & lebih

Imam Syafie ditanya dalam satu majlis : "Wahai Imam! Ceritakan kepada kami tentang yang wajib dan lebih wajib, yang pelik dan lebih pelik, yang susah dan lebih susah dan yang hampir dan lebih hampir".
Jawab Imam Syafie :"Yang wajib ke atas manusia ialah bertaubat dan yang lebih wajib ialah meninggalkan dosa.
Menghabiskan masa itu pelik dan kelalaian manusia dengan masa itu lebih pelik.
Sabar dengan musibah itu susah dan kehilangan pahala itu lebih susah.
dan setiap apa yang kamu impikan itu hampir dan kematian itu lebih hampir."



ihsan cNp

Monday, October 5, 2015

rumah kita

S I N I  B U K A N
R U M A H    K I T A

Kita bukan penduduk bumi,
kita adalah penduduk syurga.
Kita tidak berasal dari bumi,
tapi kita berasal dari syurga.

Maka carilah bekal
untuk kembali ke rumah kita,
kembali ke kampung halaman yang lama kita tinggal

Dunia ini bukan rumah kita,
maka jangan alpa dengan kesenangan dunia.
Kita hanya pejalan kaki dalam perjalanan
kembali ke rumah kita.

Tak Rindu ka pada kampung anda ?

Bukankah mereka
yang sedang dalam perjalanan pulang selalu mengingat rumahnya
dan mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya
yang menunggu di rumah..

Lantas, apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita?

Rabb yang mulia
Dia hanya meminta
amal sholeh dan keimanan, taat pada Nya
serta rasa rindu padaNya
Yang menanti di rumah.

Begitu beratkah memenuhi perintahNya?

Kita tidak berasal dari bumi, kampung asal kita
adalah di syurga.

Kenapa kita lupa?

Rumah kita jauh lebih Indah di sana.
Kenikmatannya tiada terlukiskan
dihuni oleh
orang-orang yang mencintai kita.
Ada isteri sholehah
Ada suami Sholeh
serta tetangga dan kerabat yang menyejukkan hati.
Mereka rindu kehadiran kita,
setiap saat menatap
menanti kedatangan kita.
Mereka menanti khabar baik              dari Malaikat Izrail.

Bila Keluarga mereka akan pulang?

Ikutilah peta (Al Qur'an) yang Allah titipkan sebagai pedoman perjalanan.
Jangan sampai salah arah dan berbelok ke rumahnya iblis Laknatullah yaitu neraka.

Kita bukan penduduk bumi,
kita penduduk syurga.
Bumi hanyalah perjalanan.
bersentiasalah dengan rabithah dan wasilah bersama murabbi..
Moga perjalanan kita kesana selamat dan diRahmati....

INGAT INI BUKAN RUMAH KITA



ihsan cNp

Sunday, October 4, 2015

hukum ikan

Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya

Keputusan :

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 - 11 Februari 2015 membincangkan Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa kandungan isi perut ikan adalah antara hukum yang tidak disebut secara jelas mengenainya sama ada dalam al-Quran ataupun Sunnah Rasulullah SAW. Ibn Hajar, Ziyad, al-Ramli dan lain-lain telah bersepakat bahawa apa-apa yang ada dalam perut ikan yang kecil sama ada darah atau najis adalah suci dan boleh dimakan serta tidak dianggap najis, bahkan al-Ramli berpendapat, hukum tersebut berlaku juga kepada ikan yang besar.

Sekiranya ia dihukum bersih, syarak menetapkan hukum memakannya bergantung pula pada pandangan pakar perubatan yang dipercayai sama ada ia boleh memudaratkan ataupun tidak. Sekiranya mudarat maka tidak boleh dimakan kerana memberi kesan pada kesihatan, begitulah sebaliknya.
 Sehubungan itu, berdasarkan masyaqqah yang perlu dihadapi untuk memproses ikan dalam kuantiti yang banyak sehingga terlalu sukar untuk dibuang kandungan isi perut ikan satu persatu, dan realiti semasa industri komersil pemprosesan minyak ikan pada masa ini yang perlu mematuhi standard dan piawaian yang ketat bagi memastikan ianya bersih dan selamat digunakan, serta dengan mengambilkira kepentingan, manfaat dan kegunaan minyak ikan kepada kesihatan manusia, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa minyak ikan yang diproses secara komersial dalam kuantiti yang  melibatkan beribu-ribu tan ikan tanpa dibuang perut atau najisnya adalah suci dan halal dimakan.

Untuk penghujahan lanjut sila layari :

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-minyak-ikan-yang-diproses-tanpa-dibuang-perut-atau-najisnya

Dihantar oleh:  Admin1

Langganilah https://telegram.me/UlamaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.



ihsan cNp

Saturday, October 3, 2015

jenazah

Masalah Mengenai Kedudukan Mayat Ketika Sembahyang (Solat Jenazah)

Ibadah

Tarikh Keputusan: 

 23 Sep, 2003

Keputusan: 

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 23 September 2003 telah membincangkan mengenai Masalah Mengenai Kedudukan Mayat Ketika Sembahyang (Solat Jenazah).

Alhamdulillah fatwanya:

"Kedudukan mayat ketika disembahyangkan adalah :

i) Mayat Lelaki

- diletakkan kepalanya pada sebelah kiri Imam dengan kebanyakan bahagian badan mayat disebelah kanan
Imam, dan Imam berdiri dibahagian kepalanya.

ii) Mayat Perempuan dan Khunsa

- diletakkan kepalanya pada sebelah kanan Imam dan Imam berdiri dibahagian punggungnya.

Status Penwartaan: 

 Tidak Diwartakan

Negeri/Group: 

Johor

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/masalah-mengenai-kedudukan-mayat-ketika-sembahyang-solat-jenazah-0

Dihantar oleh:  Admin1

Langganilah https://telegram.me/UlamaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.



ihsan cNp

Sunday, September 20, 2015

Syiah

Kata2 Sheikh Kurayyim  :

"kami di Syria dulu macam kamu hidup selesa sehinggalah kami alpa kerana membiarkan saja Syiah bertapak secara senyap... akhirnya sekarang Syiah memerintah kami, membunuh anak2 kecil kami, merogol wanita Ahli Sunnah Wal Jamaah... pesanku pd kalian di Malaysia jangan alpa dan jangan sesekali biarkan Syiah bertapak di sini... jika kamu tidak mahu terjadi spt yg menimpa kami... jangan kamu lakukan kesilapan yg kami lakukan kerana membiarkan mereka (Syiah)...mereka adalah agenda Amerika dan Yahudi ...pengasas mereka adalah Abdullah bin Saba (Yahudi yg berpura2 masuk Islam)....aku doakan kamu di M'sia tidak berlaku spt kami di Syria...amin
Syaikh Kurayyim
Syaikhul Qurra Syria.

Diterjemah oleh yg hadir, Ustaz Wan Fauzi,



ihsan cNp

Saturday, September 19, 2015

takbir !



1. Supaya daging tidak berlemak

Ada wudhu’ ketika sembelih binatang
Mata pisau disapu terlebih dahulu dengan minyak yang ada dibahagian hidung kita
Hulu pisau dibungkus dengan kertas atau sebagainya
Mata pisau dikilir atau digerakkan dengan belakang tapak tangan

2. Supaya daging binatang menjadi lembut

a. Mata pisau diletak dekat butir halkum binatang

b. Kedudukan seluruh badan kita jangan berbetulan dengan mata pisau

c. Tahan nafas sewaktu hendak sembelih dan semasa sembelih maka nafas dilepas secara perlahan-lahan

3. Bacaan ketika mahu sembelih binatang supaya daging tidak berbau busuk

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الحَمْدُ

اللّهُمَّ هَذَا هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنَّا كَمَا تَقَبَّلْتَهُ مِنْ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ خَلِيْلِكَ وَمِنْ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبِيْدِكَ وَرَسُوْلِكَ اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالجَنَّةَ

4. Selesai sembelih binatang maka sapukan hujung mata pisau kepada pipi binatang tadi supaya lalat tidak datang menghurungi daging

5. Supaya mencukup atau memadai daging bagi setiap jamuan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ِلإِيْلاَفِ قُرَيْشٍ إِيلاَفِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ

Hembus dan sapu kepada badan binatang bermula bahu hingga punggungnya

6. Jangan basuh tangan dan mata pisau sehingga binatang sembelihan benar-benar telah mati

# Sebaiknya tukang sembelih tidak menjadi tukang yang memandikan mayat kerana biasanya boleh membawa kepada daging menjadi keras

Petua ini diamalkan oleh Tuan Guru Hj Hashim g Pondok Pasir Tumboh

Al faqir
ibn Abdullah Al Hussin



ihsan cNp

terlalu



ihsan cNp

Sunday, September 6, 2015

cnp

cnp



ihsan cNp

nikmat

Nikmat
Allah beri kita sihat. Allah tak minta apa.
Allah beri kita harta. Allah tak minta apa.
Allah beri kita keluarga. Allah tak minta apa.
Allah beri kita bermacam-macam lagi.
Tapi Allah tak minta apa.
Allah hanya minta kita buat yang makruf.
Tinggalkan yang mungkar.
Agaknya besar sangat ke permintaan Allah ini?
Allahu'alam
Malunya aku padaMu Ya Allah.


Friday, September 4, 2015

pengurusan jenazah

Utk rujukan. Silalah kongsi dgn ahli keluarga dan sahabat2.

Bagaimana kalau tiba-tiba ada kematian di rumah kita?

Apa tindakan kita jika tiba-tiba berlaku kematian yang mengejut di rumah kita?

Tak kira siapa, jika ada kematian mengejut di kalangan ahli keluarga, jangan panik.. Sebab ramai antara ahli qariah yang menelefonnya pada jam 3 atau 4 pagi untuk bagitau ada berlaku kematian, agak cemas tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dek sering mendapat panggilan sedemikian maka bilal biasanya akan mintak si pemanggil bertenang dan mengambil beberapa langkah tertentu dalam menghadapi situasi sebegitu termasuklah:
■Jangan cemas
■tunggu dua tiga jam lagi sebelum terbit pagi.. InsyaAllah orang masjid akan sampai dan akan membantu uruskan jenazah.
■sementara itu sapu minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka.
■Begitu juga dengan tangan, sapu2 sedikit minyak di kedua2 siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.
■letak pisau/gunting besi atas perut, supaya tak masuk angin
■Kelopak mata kalau payah nak tutup,letakkan syiling
■Tangan diikat dengan perca kain.
■Kepala hingga dagu juga elok ikat dgn perca kain.
■jika ada darah yang keluar dari hidung/telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar
■selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki.. boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang dsb, asal saja dapat menutupi jenazah
■rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh kalau kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.
■Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital.
■Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.
□Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah.

Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah/masjid.

Jika kita tiada khairat kematian, hanya perlu ada sejumlah RM520(mungkin jumlah RM berbeza di masjid lain) untuk pengurusan jenazah dari awal urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan(wang boleh serah kemudian, pihak masjid boleh dahulukan).

Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya. waris simati tidak perlu bimbang tentang semua perkara itu.

Patut juga kita ambil tahu nama-nama ajk masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah2 mereka.

Ramai yang tidak tahu dan tak terfikir tentang adanya kemungkinan perkara itu tiba-tiba terjadi dalam rumah masing2.

Harus bersedia menghadapi kematian. Mati yang pasti.

Wallahu'alam.
[21/08 8:39 pm] ‪+60 19-938 5190‬: Utk pngtahuan & renungan group wasap ini.

Dah bertahun2 isteri sya mngurus & memandi jenazah prempuan. Scara purata 8 jenazah d urus mandi pd stiap bulan.

Soalan yg kerap aku tnya kpd isteri sya ialah :

1. Muda @ tua
2. D mana (taman @ kpg)
3. Sakit apa
4. Mati bila
5. Mati d mana
6. Anak berapa org
6. Agak2 brapa umur anak yg sulong

Semua ini mjadi penanda aras / bancian kpd sya apa punca mati, bgmana si mati d urus jga sbelum - slepas mati & sikap waris kpd si mati.

Bdasarkan umur & bilangan iaitu 8 org yg mati dlm seminggu :

1. Bwah 55 an hampir 70 %  mati krn
     barah.

2. Atas 56 an hampir 30 % mati krn
     kencing manis, buah pinggang,
     jantung, tua dll.

90 % kedaan jnzah yg mati d KAMPUNG terurus bersih krn ada org2 tua tempatan yg selalu tunggu berada d sisi si sakit hingga d saat mati, ada pngtahuan apa perlu dbuat ke atas jnazah sbaik shja mati & kbetulan ada talian saudara.

60% kedaan jnzah yg mati warga taman d TAMAN PERUMAHAN terbiar keseorangan, semua sendi tulang 4 kerat keras mnyebabkn sukar smasa mandi,  kurang terurus bersih krn tiada org2 tua sbaliknya mjriti warga taman generasi muda yg siang malam kerja, tdk ingat mati, renggang jiran, renggang surau / masjid, tidak pernah hadapi suasana kematian, tidak tahu nak buat apa ke atas jnazah se