Search This Blog

Tuesday, March 24, 2015

tabligh

"Kau ni asyik berdakwah ja... ilmu taknak cari," kata A.

"Kau pun sama. Asyik mengaji ja berkitab-kitab. Tapi tak pernah nak buat dakwah," jawab B.

"Aah. Korang berdua ni sama ja. Asyik mengaji dan betulkan orang. Tapi, akhlak sendiri masih tak diperbaiki. Meh ikut aku amik tarikat. Cuci sikit hati tu." C menyampuk.

"Korang bertiga ni semua kolot. Asyik nak beribadat ja. Islam taknak perjuang
Dah tu pulak tolak politik. Orang yang tolak politik, dia kufur!" celah D.

"Apa yang kalian bising-bising ni?"

"Oh, Tuan Guru rupanya."

"Kita semua ni satu umat. Masing-masing ada tugas. Macam orang main bola. Ada keeper, ada bek, ada winger, ada mid fielder, ada striker. Masing-masing jaga posisi memasing. Kalau semua nak jadi striker, parahlah!"


Friday, March 20, 2015

kawan2

.Kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar… Dah dapat sepak…

Kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok…Lepas tu pijak…

Kawan tu bukan mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap…Dah dapat tendang…

Kawan tu bukan mcm PAMPERS. Dah pakai pastu buang…

. Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai…

Kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah hilang…Hujan gerimis baru muncul…

Kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit jual …Beli baru…

Kawan tu bukan macam CHIPSMORE . Kejap ade kejap takde…

Kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit baru nak cari…


Monday, March 16, 2015

rezeki subuh

Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh. 

Sedikit perkongsian.

Sebelum ni, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh.Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yg tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat.
Jadi sesiapa yg dekat dengannya, hati hati.Ape yg terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yg baik.

Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ni.
Diberi peluang, aku terus bertanya.

"ustaz,macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?"

Dia menjawabkan,"tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh".

Ohhh,"jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh?"

"Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku? Dia mengatakan lagi.

Aku bisik dalam hati"ada byk mazhab ke dia ni?".

"Jangan kau nak menyatakan perkara yg kau tak boleh sorokkan dengan aku"

"Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku"..."maaf ustaz".

Aku ckp dekat dia,"dua dua mazhab lah ustz".

Dia kata, kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.Aku nak menangis.

"Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yg aku tau, orang yg mcm ni dia jatuh KUFUR!"

Aku senyap."kenapa ustaz?"

dia menjawab,orang yang mcm ni SOMBONG dengan Allah.Dia berlagak depan Allah!.Dia menolak pemberian Allah!.Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidurrr.
Umpama mcm kalau kau seorang yg jutawan, bawa duit yg berjuta juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari.Tetapi ape yg dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin.Jadi ape yg ada pada fikiran kau?

Mesti kau akan kata"dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong plak tu".Aku tersentak.

Dia berkata lagi"org yang tidur lepas subuh dan lepastu bangun, ada hati lagi nak dhuha, Allahuakbar.Orang mcmni lagi tak malu depan Allah.Tadi dia tolak pemberian Allah.Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah.

Sesungguhnya manusia itu jahil.Sepatutnya org ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha".

Allahuakbar.Bila duduk dengan org yg setiap masa takutkan Allah, baru sedar mcm mana amalan kita selama ni.Betapa hinanya fikiran aku selama ni.Jauh beza nak banding amalan kita yg tak tau Allah terima ke tak.Tapi hidup setiap hari mcm tak rasa byk dosa.Allahhh.kita ni byk dosa, bukan setakat byk dosa bahkan bermandikan dosa.
Dia kata lagi"orang yg riak kalau bertaubat Allah ampunkan.Kalau orang yg sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis!

Allahuakbar..Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa mcm  nak ke neraka.Belum tanya hal lain lagi.

Dia kata lagi"ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sbb tak cukup tidur malam tadi sbb main futsal lah, jalan jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?"...

"Allah dah kata dlm Al quran siang aku jadikan utk kau bekerja, malam utk kau berehat.Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sbb itulah hidup kau tunggang langgang.Kau siapa? Nak ubah sunnatullah!

"Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yg takut dengan Allah.Orang yg dekat dengan Allah.Hidup mmg kena pandu Al quran dan hadis.Tapi, carilah orang yg boleh memperjelaskan lagi ape yg ada dlm al quran dan hadis itu.Janganlah asyik meminta dalil dari org itu org ini dan memproses dengan kepala sendiri.Ada org bawa Al quran ke huku ke hilir.
Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.

Idris al Marbawi pun ada menukilkan dlm bahrul madzi, dia mengatakan siapa yg melakukan sesuatu yg sia sia di malam hari sehingga terlewat subuh keesokannya, maka keseluruhannya malam tadi telah menjadi haram.Jangan memandang haram itu seperti biasa.Umpamakanlah malam yg haram itu seperti engkau memakan daging Khinzir.Seperti engkau meminum arak.Barulah rasa haramnya itu.

Pakar motivasi kata, cerminlah


ingat


Friday, March 13, 2015

masa

Tiga fasa yang melucukan dalam kehidupan.

1. Di umur Remaja
Kamu miliki masa + tenaga
Tapi kamu tidak mempunyai harta.

2. Ketika fasa bekerja
Kamu miliki harta + tenaga
Tapi kamu tidak mempunyai masa.

3. Ketika fasa usia warga emas
Kamu miliki harta + masa
Tapi kamu tidak mempunyai tenaga

Inilah kehidupan...
Ketika dianugerahkan sesuatu kepada kamu
Diambil sesuatu yang lain dari kamu

Kite selalu percaya kehidupan orang lain lebih baik daripada kita
Orang lain pula percaya kehidupan kita lebih baik daripada mereka...
Semua itu terjadi kerana kita kehilangan sesuatu yangg penting dalam kehidupan kita dan ia adalah :

(Qanaah : Merasa Cukup)

Jika kamu ingin tahu kedudukan kamu di sisi ALLAH,
Perhatikanlah kedudukan ALLAH dalam hati kamu.😔


wahabi?

cut & paste

Puisi...😁


Aku nasihatkan, rujukan kita adalah al-Qur'an dan sunnah Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi..

Aku katakan, hadis hendaklah dipastikan sahih dari Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku cuba amalkan ibadatku mengikut cara Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku cuba amalkan solat mengikut cara Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku nasihatkan bahawa amalan itu dan ini bukan dari Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan ramai guru-guru kini tidak mengajar dengan kaedah yang asli
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku bertanya guru, apakah dalil sahih untuk aku ikuti
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan agama ini tidak semesti semuanya mengikut as-Syafie
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan, khurafat, syirik dan bid'ah amat dilarang oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku tidak hadiri kenduri arwah kerana ianya dilarang oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku mengatakan kenduri arwah juga dilarang oleh as-Syafie
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan amalan khusus Nisfu Sya'ban bukan diajar oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku juga katakan ianya juga dilarang oleh al-Qaradhawi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku pun tidak tahu, siapakah sebenarnya Wahabi?

Kata mereka Wahabi adalah Wahabi

Aku bertanya lagi, siapakah sebenarnya Wahabi?

Kata mereka Wahabi adalah Wahabi

Aku semakin bingung siapa itu Wahabi...


Friday, March 6, 2015

jahil

Berkata al-Hafiz Muhammad bin Mansur al-Tusi:
"Tanda-tanda orang jahil itu
empat perkara :
* marah tanpa sebab
* suka menyebarkan rahsia
* percaya kepada sesiapa
sahaja
*memberi nasihat tidak kena
pada tempatnya,,"

(Dipetik drpd ktb Siyar A'lam
al-Nubala')