Search This Blog

Wednesday, December 30, 2015

amanat bisnes tuan faizal

USAHAWAN BEBALISME

Seorang sahabat bertanya adakah idea perniagaan beliau bagus dan akan berjaya. Saya diam. Saya tak mahu menjawab kerana usahawan merupakan seseorang yang mencabar konvensional dan berani mengharungi segala ketidakpastian. Maksudnya, kalau saya jawab "tidak," dia sepatutnya memulakan bisnes itu dan membuktikan saya salah. Itu usahawan.

Saya pernah sebutkan apabila Jack Ma pengasas Alibaba dan kini orang ke-18 terkaya di dunia, ditolak oleh venture capitalists, dia tidak berhenti. Tuan Haji Ali Hassan, pemilik kumpulan lebih 140 buah rangkaian kedai peralatan sukan pernah ditolak oleh banyak bank, dia tidak berhenti. Apabila kedai sukan beliau diserbu penguatkuasa PBT, Tuan Haji Ali Hassan berjalan terus.

Seseorang yang nak jadi usahawan harus ada sifat bebal dan keras kepala. Elok juga jika kepala batu. Atau, kepala simen. Lagi orang kata tak boleh, lagi dia nak buat. Usahawan seharusnya merupakan non-conformist.

Sekiranya anda ingin sesuatu yang pasti atau hampir pasti, jadilah pegawai bank. Pegawai bank beri pinjaman hanya apabila pasti dapat kutip bayaran. Kalau ada risiko, minta cagaran. Kalau risiko tinggi, minta cagaran lebih banyak atau naikkan kadar faedah (atau keuntungan). Usahawan bukan begitu.

Mark Cuban, pemilik Dallas Maverick dan Magnolia Pictures, pernah kata bisnes ialah dunia yang penuh dengan tidak kepastian. Apa yang pasti ialah apabila usahawan berhutang, mereka kena bayar hutang.

Di sinilah usahawan kena ada sifat bebal atau bebalisme. Cuba tanya usahawan yang berjaya, mereka ada kisah-kisah keras kepala yang menjadikan mereka berjaya. Sekiranya mereka dengar cakap orang, sampai sekarang pun mereka tidak akan ke mana-mana.

Walaupun saya selalu menyebut mengenai pembinaan kapasiti, namun kita usah sertai latihan demi latihan keusahawanan sehingga menjadi training junkie. Sijil penuh di dalam fail, tetapi masih belum memulakan bisnes. Kutip sijil latihan bukan bisnes.

Memulakan bisnes samalah seperti berenang. Walau bagaimana hebat sekali pun kita belajar, selagi kita tak terjun ke dalam kolam, sungai atau laut, selagi itulah kita tidak pandai berenang.

Memang kita perlu ada sedikit kemahiran sebelum berenang. Namun begitu, apabila kita berenang nanti, barulah kita akan kaut kemahiran baru yang kita tidak boleh belajar di atas dataran. Kemahiran-kemahiran ini saya namakan sebagai "survival skills" atau dalam bahasa mudah, kemahiran nak hidup.

Nasihat saya ialah, mulakan bisnes. Mulakanlah apa saja. Dunia keusahawanan ialah dunia harapan dan dunia impian.

Usahawan yang memulakan perniagaan dengan jual 50 bungkus nasi lemak boleh impikan membesar dan sediakan katering kepada syarikat penerbangan antarabangsa. Orang yang jual tudung secara online boleh bermimpi menguasai platform yang mampu bersaing dan boleh buatkan Lazada tak tidur malam. Anak muda yang memulakan bisnes menyewa dua buah kereta boleh berfikiran besar untuk menandingi Uber atau paling tidak, Avis atau Hertz.

Ringkasnya, usahawan kena bebal. Usah cuba dapatkan endorsement orang lain. Biar orang panggil anda usahawan bebalisme. Buatlah apa yang anda percaya akan berjaya. Buatlah sekarang!


Sunday, December 6, 2015

5A

UPSR bukan pengukur sebenar kejayaan seseorang di masa depan. Ia cuma pemudah laluan. Kepada yang tidak mendapat A tu, masa masih panjang. Jadikan ia ejen perubahan kepada lebih baik. Yang penting akhlak yang cemerlang kerana keindahan hidup hanya datang dari manusia berakhlak.


ma sya Allah !


dajjal maya

yang baik jadikan teladan.

Dajjal...
Malam tu, macam biasa, aku akan habiskan beberapa helaian bacaan aku sebelum lelapkan mata.
Sambil anak aku kat tengah diantara aku dan isteri aku sibuk beraksi menyusu. Kejap meniarap, kejap menonggeng, kejap punggung dia tindih muka aku. Tu rutin dia sebelum tidur.
" Dajjal tu dah ada ker awak? Dia dah keluar ker?", tiba2 isteri aku bertanya.
" Dah ada dah. Cuma mungkin ada yang tak perasan," jawabku ringkas sambil menutup buku dan mengalihkan kaki anak aku yg dari tadi terletak atas leher aku. Tidur jugak akhirnya.
" Dah ada? Kat mana?," tanya isteriku sambil berpaling mengadapku.
" Media. Segala jenis media. Itulah dajjal. Media cetak, media massa, media hiburan, media internet, dan segala mak nenek media adalah dajjal, " jawabku sambil melipatkan kedua tangan kebelakang kepala aku dan memandang tepat pada siling rumah.
" Aikk? Media?? Nape pulak?," tanya isteriku lagi.
Kali ini dia kelihatan begitu serius sekali. Sambil sebelah tangannya dijadikan penyendal kepalanya dan merenung tepat pada aku.
" Ini menurut pembacaan dan pandangan peribadi sayalah. Sebab jika dajjal muncul dalam bentuk raksaksa yang menakutkan, mesti tiada orang nak ikut dia. Jadi dajjal akan muncul ikut kesesuaian fitrah manusia. Barulah manusia percaya dan ikut dia ," jelasku sambil merenung siling dan fikiranku mengimbas kembali kepada beberapa bacaan aku berkenaan Dajjal.
" Oooo.... Betul jugak naaa.. Lagi2.. Ceritalah dajjal ni," ujar isteriku dalam loghat Penang yg takkan hilang dari lidahnya.
" Antara sifat dajjal, bermata satu. Pada pemahaman saya ianya adalah kamera. Segala kamera itu mewakili penglihatan dajjal. Samada kamera telefon, kamera perakam, cctv dan semua jenis kamera. Dari mata dajjal itu tersebar pelbagai fitnah dan kebencian. Kemudian manusia menjadi huru hara , bergaduh, berbunuh dan berperang. Sebab satu maklumat daru kamera, manusia percaya. Walhal maklumat itu tipu. Kemudian sifat dajjal itu mampu menyeberangi dari satu negara ke satu negara dengan sekejap sahaja. Merentas benua dgn benua juga mudah. Lautan berada dibawahnya, sebenarnya itu adalah gelombang internet. Dengan internet, fitnah dan kebencian mudah dihantar. Maka manusia mudah dihasut dan percaya. Perkara yang benar, nampak salah, perkara yg salah, nampak betul.Lihat sahaja media television, jual produk contohnya syampu rambut. Boleh lurus, tapi hkikatnya itu tipu. Lihat sahaja iklan susu formula dari 123456 tahun, semua orang percaya. Kemudian ikut. Walhal Al quran perintah susu ibu cuma 2 tahun diorg tak nak ikut. Itulah antara fitnah dajjal," jelasku panjang lebar sambil mengadap pada isteriku.
" Ya Allah... Takutnya..," tiba2 isteri aku berbisik.
" Kena ingat, tujuan dajjal menyesatkan umat Islam. Tujuan dajjal mengawal otak dan pemikiran manusia. Segala benda baik, jika dajjal kata buruk, maka manusia percaya. Segala benda buruk, jika dajjal kata baik, semua manusia percaya. ", jelasku lagi.
" So kenapa ada berpendapat baca surah Al kahfi dapat lepas fitnah dajjal?", tanya isteriku lagi.
" Sayang, Al quran itu bukan sekadar dibaca. Bukan sekadar dihafal. Paling penting difahami kemudian diamal. Kalau tak faham macam mana nak amal? Kalau baca sekadar baca, nasrani dan yahudi juga membaca kitab suci agama mereka. Apa antar kisah dalam surah Al kahfi yg saya selalu cerita pada awak?," ujarku.
" Kisah pemuda Ashabul kahfi dan seekor anjing lari tidur dalam gua selama ratusan tahun sebab lari dari pemerintah zalim ," jawab isteriku sambil tersenyum kerana berjaya menjawab soalanku.
" Betul. Konteks cerita itu sama seperti dajjal. Pemuda dan anjing itu pada masa itu tiada pilihan. Selain mengasingkan diri dari masyarakat yang kian rosak. Dan penguasa yg zalim. Jadi, kalau nak selamat dari fitnah dajjal, kita jangan suka buat sesuatu perkara sebab ramai orang buat. Walhal kita tak memahami kenapa perkara itu dibuat. Buat sebab kita faham. Bukan ikut ikutan. Dan orang yg selamat dari fitnah dajjal adalah golongan yg ' ganjil '. Mereka hidup tidak mengharapkan sistem ciptaan manusia sangat. Mereka hidup berpandukan pemahaman Al quran dan sirah nabi s.a.w. Merekalah golongan yg beli kereta cash, tidak terlibat riba'. Tidak terpengaruh dengan media dan leka dengan dunia. Senang kata mereka ni kalau orang sekarang nampak mereka gelar kelompok ni kolot, selekeh. Walhal merekalah yg jauh dari fitnah dajjal. Mereka bukan golongan terasing, tapi golongan yg memilih untuk mengasingkan diri dari dunia yg rosak, " jawabku lagi sambil mencium anakku berkali kali yg sedang lena diulit mimpi.
" Patutlah awak tak nak astro kat rumah ni ea? Oklah syg, skrg sy faham. Kita tak payah astro k? ," ujar isteriku sambil bingkas duduk dan tersenyum.
" Kiamat tu berlaku sehingga ibu pun akan membuang dan tidak pedulikkan anaknya, dan sy dah nampak zaman skrg banyak ibu yg sibuk bekerja dan sibuk main handphone sampai anak terbiar, kiamat sudah dekat sayang.... Sy akan buat apa sahaja yg saya mampu untuk lindungi keluarga saya. Sebab tu ada riwayat sebut, ikatlah anak bini kamu pabila dajjal muncul. Dan skrg sy tgh ikatlah ni. Hehe... Ikat hati dan pemikiran. Bukan ikat jasad.., ' jelasku sambil mula menarik selimut.
" Imam mahadi pulak? Ceritalah... Awak asyik mengadap buku jer, tapi tak cerita pun kat saya ," ujar isteriku sambil mula membetulkan posisi badannya.
" Nanti saya ceritakan. Kiamat dan kemunculan dajjal akan berlaku dalam konteks akal manusia boleh terima. Bukan dalam keadaan yg ganjil. Masa sudah semakin suntuk. Ummat islam sudah tidak punya banyak masa, sebab tu yahudi banyak menguasai teknologi. Sebab tentera dajjal adalah yahudi. Imam mahadi juga sudah ada. Dia hanya belum membuat pengumuman rasmi. Selagi anak muda islam masih leka begini, selagi itulah islam dibuli. Tidurlah. Doa supaya semuanya selamat. Kerana Allah kekal ada. Sy mintak maaf yer kalau arini ada buat silap. Assalamualaikum, " ujarku sambil meminta maaf, risau2 esok tak bangun subuh hari.
" Waalaikumsalam sayang, sy pun minta maaf. Sy harap harini sy jadi isteri yg memberi manfaat untuk anak dan suami. Nite sayang...," jawab isteriku sambil memejamkan mata.
~ Hannah, saat cerita ini ditulis . Saat ini hati mama dan ba selalu risau. Adakah Hannah akan membesar melihat Islam sebagai agama menyelamat umat manusia, sebagaimana waktu islam mula2 sampai, atau adakah waktu itu Islam masih jadi agama dagangan beberapa kelompok kapitalis agama? ~
Islam agama yg bermulanya nampak ganjil, maka pengakhirannya sebelum kiamat juga akan nampak ganjil. Beruntunglah orang2 ganjil.
Sollua'lannabiii...


13 perkara yang perlu dijaga oleh wanita




1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah.

3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang)
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja. (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud: Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri


Friday, December 4, 2015

bacalah !

·


Bacalah Al-Quran...
Manjakannya seperti menatang minyak yang penuh..
Jangan tunggu sehingga kamu dibacakan AL-Quran..
Masa itu, sudah tidak dapat memilih surah favourite kecuali Al-Fatihah & Yasin..