Search This Blog

Tuesday, December 13, 2016

kelau sekiranya amalan itu baik



tentulah para sahabat akan mendahului kita dalam mengamalkannya
...


Tuesday, September 27, 2016

mandang

FIKIR2....😊🤔😊

Seorang lelaki kaya melihat melalui tingkap dan melihat seorang lelaki mengambil sesuatu dari tong sampah itu. Beliau berkata, Alhamdulillah saya tidak miskin.

Orang miskin melihat sekeliling dan melihat lelaki telanjang berkelakuan tidak senonoh di jalan. Beliau berkata, Alhamdulillah saya tidak gila.

Orang gila memandang ke hadapan dan melihat ambulans yang membawa pesakit. Beliau berkata, terima kasih Allah aku tidak sakit.

Kemudian seorang yang sakit di hospital menyaksikan troli mengambil mayat ke bilik mayat. Beliau berkata, Alhamdulillah saya tidak mati.

Hanya orang yang mati tidak boleh bersyukur kepada Tuhan. Mengapa kamu tidak bersyukur kepada Tuhan hari ini untuk memberikan anda peluang untuk hidup hari yang lain?

Kehidupan:
Untuk memahami dengan lebih baik, anda perlu pergi ke 3 lokasi:

1. Hospital.
2. Penjara.
3. Kubur.

* Di Hospital, anda akan memahami bahawa tiada apa yang lebih cantik daripada KESIHATAN.

* Dalam Penjara, anda akan melihat KEBEBASAN itu adalah perkara yang paling berharga.

* Di perkuburan, anda akan menyedari bahawa hidup ini tiada bernilai apa-apa. Hakikatnya kehidupan hari ini akan menjadi bumbung kpd kita di hari esok.

Oleh itu, marilah kita tetap merendah hati dan bersyukur dengan segala-galanya.

Wallahu a'lam...

ihsan salin tampal


Monday, February 29, 2016

kongsi



Kata kata hikmah


"Saya ada RM 1, awak ada RM 1. Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing.

Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu, kemudian kita betukar-tukar ilmu itu, masing-masing akan ada 2 ilmu".

Seorg budak prempuan bersujud ketika lihat ais krim. Maka org tnya kpd dia: kenapa sujud? Dia pun jwb: mak saya bila dia gembira dia akan sujud tanda syukur pd Ilahi.
Perelokkanlah didikan ke atas anak²mu.

👍👍👍👍

Seorang lelaki membaiki penghawa dingin masjid kemudian dia tolak upah yg diberi dan berkata: mak saya berpesan supya tidak ambil upah kerja utk masjid.
Org2 kagum dgn mak dia dan saya kagum dgn kbaikannya.

👍👍👍👍

Seorg org yg soleh ditanya mengapa pergi ke masjid sblum azan.  Dia jawab: azan utk pringatan kpd org2 yg lalai/lagho/ralik. Dan saya berharap aku tak tergolong dlm klgn mereka!! ( kita mohon dgn Allah akn kesejahteraan,keselamatn dunia akhirat)

👍👍👍👍

Aku tnya dia knapa kamu sentiasa tamak minum air di masjid padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Dia jwb: supaya org yg letak air di masjid diberi gnjaran.

👍👍👍👍

Bilamana sampai  kpd kamu gosip2 ttg sseorg drpd mereka maka biarlah gosip tu terhenti stakat kamu shj. Dan klau betul terjadi berita tu berhenti stakat kamu shj, brmakna kmu tlah dpt phala tutup aib org. Baragsiapa yg tutup aib mna2 muslim, Allah akn tutup juga aib dia.

👍👍👍👍

3 doa yg wajar kmu ingt utk dibaca semasa sujud2 kamu:-
1. Ya Allah, aku mohon dgn Mu pengakhiran yg baik.
2. Ya Allah, kurnialah kpd ku taubat nasuha sblum aku mati.
3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.
(Tnpa sbrang pengkhususan)

👍👍👍👍


Wednesday, February 24, 2016

berjemaah

MENINGGALKAN SOLAT JEMAAH ANTARA CIRI KAUM MUNAFIQ DI ZAMAN NABI

Meninggalkan solat jemaah bagi kaum lelaki, merupakan satu perkara normal di zaman kita ini. Akan tetapi, di zaman sahabat, hanya kaum munafiq sahaja yang sengaja meninggalkan solat jemaah.

قَالَ عَبْدُ اللَّهِ:  لَقَدْ رَأَيْتُنَا وَمَا يَتَخَلَّفُ عَنْ الصَّلَاةِ إِلَّا مُنَافِقٌ قَدْ عُلِمَ نِفَاقُهُ أَوْ مَرِيضٌ
'Abdullah bin Mas'ud radiallahu 'anhu berkata: Aku telah melihat di zaman kami yang mana tiada seorang pun yang akan meninggalkan solat (jemaah) kecuali orang munafiq yang dikenali kemunafiqannya atau orang yang sakit.

إِنْ كَانَ الْمَرِيضُ لَيَمْشِي بَيْنَ رَجُلَيْنِ حَتَّى يَأْتِيَ الصَّلَاةَ
Orang yang sakit akan berjalan dengan dipimpin dua orang lain sehingga dapat menghadiri solat (jemaah).

وَقَالَ: إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَّمَنَا سُنَنَ الْهُدَى وَإِنَّ مِنْ سُنَنِ الْهُدَى الصَّلَاةَ فِي الْمَسْجِدِ الَّذِي يُؤَذَّنُ فِيهِ
Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah mengajar kepada kami jalan kebenaran. Sesungguhnya antara jalan kebenaran itu itu solat di masjid yang dilaungkan azan padanya.

Dalam riwayat seterusnya disebutkan:

وَلَوْ أَنَّكُمْ صَلَّيْتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ كَمَا يُصَلِّي هَذَا الْمُتَخَلِّفُ فِي بَيْتِهِ لَتَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ
Seandainya kalian mendirikan solat (fardhu) di rumah-rumah kalian sebagaimana orang yang tidak hadir solat jemaah lalu solat dirumahnya, nescaya kalian akan meninggalkan sunnah nabi kalian.

وَلَوْ تَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ لَضَلَلْتُمْ
Seandainya kalian meninggalkan sunnah nabi kalian, kalian akan sesat.

وَمَا مِنْ رَجُلٍ يَتَطَهَّرُ فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ ثُمَّ يَعْمِدُ إِلَى مَسْجِدٍ مِنْ هَذِهِ الْمَسَاجِدِ إِلاَّ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِكُلِّ خَطْوَةٍ يَخْطُوهَا حَسَنَةً وَيَرْفَعُهُ بِهَا دَرَجَةً وَيَحُطُّ عَنْهُ بِهَا سَيِّئَةً
Tidaklah seseorang itu bersuci dan memperbaguskan bersucinya (iaitu wudhu) kemudian dia pergi ke salah satu masjid yang ada, melainkan Allah akan merekodkan untuk setiap langkahnya itu satu kebaikan dan meninggikan darjatnya dengan kebaikan itu, dan menghapuskan pula daripada orang itu satu kejahatan.

[Sahih Muslim, Kitab al-Masajid wa Mawadhi' as-Solat, no: 654]

Ayuh, kita ikuti jalan para sahabat yang mana mereka ialah umat yang diredhai Allah. Bersama-sama kita menjauhi 'sunnah' orang munafiq. Sunnah padanya hidayah, meninggalkan sunnah menghampiri kesesatan.


Saturday, January 30, 2016

petua subuh

Seperti yang disampaikan oleh Shaykh Muhammad Al-Maaliki dari Jeddah, KSA.

Seorang wanita bertanya kepada mufti : "Bagaimana caranya untuk mengejutkan anak-anak saya yang sedang tidur terlalu nyenyak untuk solat Subuh?

Mufti menjawab: "Apa yang akan kamu lakukan jika rumah kamu terbakar dan pada ketika itu anak-anak kamu sedang tidur?"

Wanita itu berkata: "Saya akan mengejutkan mereka dari tidur".

Mufti menjawab: "Bagaimana jika mereka sedang tidur terlalu nyenyak?"

Wanita itu kemudian menjawab: " Demi Allah! Saya akan mengejutkan mereka bangun, jika mereka tidak bangun saya akan mengheret mereka keluar dari rumah."

Mufti kemudian menjawab: "Jika itu apa yang kamu akan lakukan untuk selamatkan mereka daripada api di dunia,  lakukanlah perkara yang sama untuk selamatkan mereka dari api neraka di akhirat kelak."

Semoga Allah membimbing kita semua!


Thursday, January 28, 2016

terkena

Imam Al - Ghazali berkata sesiapa mengaku 4perkara tanpa disertai dengan 4 yang lain,maka dia adalah pendusta .sesiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan maka dia pendusta.sesiapa yang mengaku cintakan Nabi Muhammad SAW tetapi tidak cinta kepada ulamak dan fakir miskin ,maka dia pendusta.sesiapa yang mengaku takotnya Api neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat maka dia adalah pendusta...sesiapa yang mengaku cinta Allah tetapi keluh resah dengan ujian yang Allah beri....maka dia adalah pendusta......


Sunday, January 17, 2016

petua garam

Kegunaan Garam  

1.  Membuang busuk ikan. Ikan apabila sudah lama terdedah di darat akan menjadi busuk. Untuk menghilangkan hanyir ini, ikan diredam dalam air garam.

2.  Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

3.  Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

4.    Mengubat Gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

5.    Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam. 

6.    Merawat mabuk perjalanan. Sesetengah orang akan mengalami mabuk perjalanan setelah melepasi tempoh tertentu. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan diminum sebelum memulakan permusafiran.

7.    Garam digunakan untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

8.    Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

9.    Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

10.    Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dijampi dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah. 

11.    Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi. 

12.    Mengelak panahan iblis bagi lelaki yang beristeri kerana bekerja di kawasan hutan. Petua Melayu tradisional apabila ke hutan mereka akan terserempak dengan jin yang menjelma sebagai perempuan bogel di sungai. Akibatnya mereka teringat-ingat kepada jelmaan makhluk itu sehingga mengabaikan isterinya. Cara mengatasinya sama seperti yang dinyatakan dalam para 10.

13.    Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir) cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dijampi dengan al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.


Thursday, January 14, 2016

penanda wacana bahasa Arab

Penanda wacana Bahasa Arab

1- بعد ذلك  : selepas itu
2- لذلك : oleh itu
3- إذا كان اﻷمر كذلك : kalau begitu
4- علاوة على ذلك : tambahan pula
5- قبل ذلك : sebelum itu
6- ولذلك : oleh demikian
7- وعلى الرغم : walaupun/sungguhpun
8- خاصة : terutamanya
9- في البداية / في بادئ الأمر : pada awal nya
10- إن لم يكن : sekiranya tidak
11- وباﻹضافة إلى ذلك : di samping itu
12- مم لا شك : tidak di ragui
13- لا ينافي أحد أن : tidak di nafikan bahawa
14- ومع ذلك : walau bagaimanapun / namum demikian
15- وعلى سبيل المثال : sebagai contohnya
16- بناء على ذلك : berdasarkan demikian
17- في الواقع : realitinya
18- على هذا النحو : berhubung dengan itu
19- وفي الوقت نفسه : pada masa yang sama
20- وبالتالي : berikut nya
21- في نهاية المطاف : kesudahannya
22- وبذلك : dengan ini
23- وعرضا من هذا : sebalik dari
24- باختصار شديد : pendek kata
25- بسبب :oleh kerana
26- على الرغم من : meskipun
27- بعبارة أخرى : dengan kata lain
28- بعدئذ : sesudah itu
29- بيد أن : akan tetapi
30- رغم عن : walaupun
31- على كل حال : walaupun bagaimanapun juga
32- عندئذ : ketika itu
33- غير أن : akan tetapi
34- فضلا عن : di samping itu/ tambahan pula
35- من أجل / ﻹجل : oleh kerana
36- وانطلاقا من هذا : bertitik tolak daripada
37- من جانب آخر : dari sudut yang lain
38- من المعلوم أن / من المعروف أن :sebagaimana yg di ketahui bahawa
39- وبالجدير بالذكر أن : suka di ingatkan bahawa
40- قصارى القول أن : kesimpulannya
41- عندما : ketika mana
42- لا بد لنا : kita mestilah
43- من مظاهر ذلك أن :daripada fenomena itu sesungguhnya
44- مهما يكن من أمر ف... : walau apa pun yang terjadi maka
45- نظرا إلى : berdasarkan kepada/ melihat kepada
46- من خلال ذلك : menerusi perkara tersebut
47- وعلى صعيد آخر : dari aspek yang lain
48- من العوامل التي تساهم هذه الظاهرة : antara faktor2 yg menyumbang terjadinya fenomena ini
49- من الخطوات في طرق علاج :  antara langkah yang perlu dilakukan untuk
50- من محاسن / ومن مساوي : Antara kebaikan/ antara keburukan