Search This Blog

Monday, April 27, 2015

servis telco

No Careline Telco Di Malaysia. Semoga dapat membantu proses Port In ahli baru anda.

Celcom
1111 (No Celcom)
1300111000
+60336308888
Check Baki Kredit: *124#

Maxis
123 (No Maxis)
1800821123
Check Baki Kredit: *122#
Semak No IC: taip No.IC & sms ke 22011

Digi
016221180
0162998888
Check Baki Kredit: *126#
Semak No IC: taip CHECKID <jarak> No.IC & sms ke 20000

UMobile
+60183881318
Check Baki Kredit: *118*8#
Semak No IC: taip VERIFY <jarak> No.IC & sms ke 28011


Tune Talk
13100
0327720000
037940000
Check Baki Kredit: *133#
Tone Excel & Tone Plus
Tel:
03-90543809
0105000969
0105333969
03-2772 0000; 13100 from your mobile (8am - 10pm)
Check Baki Kredit: *133#


Redone
1909 (No Redone)
1800110800
Check Baki Kredit: *123#


Redtone
1800877770
Check Baki Kredit: Call 1909
sms: BAL SP & hantar ke
0192769433 / 0163353099


Happy
0143333800
Check Baki Kredit: *126#


Ytlcomms
0187998888

Altel
13388 (No Altel)
0326133888
Check Baki Kredit: *124#

OneXOX
12273 (Call free drpd no OneXOX)
1300888010
Check Baki Kredit: *132#

Buzzme
0327278922
Check Baki Kredit: *126#

Tron
0362758233
1300800188
Check Baki Kredit: *129*1*2#

Friendi
01138123456

Clixster
01122113311
Check Baki Kredit: *126#

Semoga bermanfaat✌


mari berwudhuk


Thursday, April 23, 2015

kandungan alQuran

RINGAN TAPI PENTING

1. S : Berapa jumlah Surah dalam al-Qur'an ?

J : 114 Surah

2. S : Berapa jumlah Juz dalam al-Qur'an ?

J : 30 Juz.

3. S : Berapa jumlah Hizb dalam al-Qur'an ?

J : 60 Hizb.

4. S : Berapa jumlah Ayat dalam al-Qur'an ?

J : 6236 Ayat

5. S : Berapa jumlah Kata dalam al-Qur'an ? dan Berapa jumlah Hurufnya ?

J : 77437 Kata, atau 77439 Kata dan 320670 Huruf

6. S : Siapa Malaikat yang disebut dalam al-Qur'an ?,

J : Jibril, Mikail, Malik, Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazoh, Al-Kiromulkatibun,
HamalatulArsy, dll.

7. S : Berapa jumlah Sajdah ( ayat Sujud ) dalam al-Qur'an ?,

J : 14 Sajdah.

8. S : Berapa jumlah para Nabi yang disebut dalam al-Qur'an ?,

J : 25 Nabi.

9. S : Berapa jumlah Surah Madaniyah dalam al-Qur'an ?, sebutkan.

J : 28 Surah, al-Baqoroh, al-Imron, al-Nisa" al-Maidah, al-Anfal, al-Tawbah, al-Ra'd, al-Haj, al-Nur, al-Ahzab, Muhammad, al-Fath, al-Hujurat, al Rahman, al-Hadid,
al-Mujadilah, al-Hasyr, al-Mumtahanah, al-Shaf, al-Jum'ah, al-Munafiqun,
al-Taghabun, al-Thalaq, al-Tahrim, al-Insan, al-Bayinah, al-Zalzalah, al-Nashr.

10.S : Berapa jumlah Surah Makiyah dalam al-Qur'an ?Sebutkan.

J : 86 Surat, selain surah tersebut siatas.

11.S : Berapa jumlah Surah yang dimulai dengan huruf dalam al-Qur'an ?

J : 29 Surah.

12.S : Apakah yang dimaksud dengan Surah Makiyah ?, sebutkan sepuluh saja.

J : Suarah Makiyah adalah Suarah yang diturunkan sebelum Hijrah, seperti : al-An'am,
al-Araf, al-Shaffat, al-Isra', al-Naml, al-Waqi'ah, al-Haqqah, al-Jin, al-Muzammil,
al-Falaq.

13.S : Apakah yang dimaksud dengan Surah Madaniyah ?, sebutkan lima saja ?

J : Surah Madaniyah adalah Surah yang diturunkan setelah Hijrah, seperti : al-Baqarah, al-Imran, al-Anfal, al-Tawbah, al-Haj.


14.S : Siapakah nama para Nabi yang disebut dalam al-Qur'an ?

J : Adam, Nuh, Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub, Musa, Isa, Ayub, Yunus, Harun, Dawud, Sulaiman, Yusuf, Zakaria, Yahya, Ilyas, Alyasa', Luth, Hud, Saleh, ZulKifli, Syuaib, Idris, Muhammad SAW

15.S : Siapakah satu-satunya nama wanita yang disebut namanya dalam al-Qur'an?

J : Maryam binti Imran.

16.S : Siapakah satu-satunya nama Sahabat yang disebut namanya dalam al-Qur'an?

J : Zaid bin Haritsah.


17.S : Apakah nama Surah yang tanpa Bismillah?

J : Surah at-Tawbah.

18.S : Apakah nama Surah yang memiliki dua Bismillah?

J : Surah al-Naml.


19.S : Apakah nama Surah yang bernilai seperempat al-Qur'an?

J : Surah al-Kafirun.

20.S : Apakah nama Surah yang bernilai sepertiga al-Qur'an?

J : Surah al-Ikhlas

21.S : Apakah nama Surah yang menyelamatkan dari siksa Qubur?

J : Surah al-Mulk.

22.S : Apakah nama Surah yang bila dibaca pada hari Jum'at akan menerangi sepanjang minggu ?

J : Surah al-Kahfi.


23.S : Apakah ayat yang paling Agung dan dalam Surah apa?

J : Ayat Kursi, dalam Surah al-Baqarah ayat No.255

24.S : Apakah nama Surah yang paling Agung dan berapa jumlah ayatnya ?

J : Surah al-Fatihah Tujuh ayat.

25.S : Apakah ayat yang paling bijak dan dalam surah apa?

J : Firman Allah Swt :" Barang siapa yang malakukan kebaikan sebiji sawi ia akan lihat,
Barang siapa melakukan kejahatan sebiji sawi ia akan lihat, Surah al-Zalzalah ayat 7-8.

26.S : Apakah nama Surah yang ada dua sajdahnya ?

J : Surah al-Haj ayat 18 dan ayat 77.

27.S : Pada Kata apakah pertengahan al-Qur'an itu di Surah apa ? ayat berapa ?

J : وليتلطف Surah al-Kahfi ayat No. 19.

28.S : Ayat apakah bila dibaca setiap habis Shalat Fardhu dapat mengantarkannya masuk
kedalam surga ?

J : Ayat Kursi.

29.S : Ayat apakah yang diulang-ulang sebanyak 31 kali dalam satu Surah dan di Surah apa ?

J : Ayat :( فبأي آلاء ربكما تكذبانِ ) pada Surah al-Rahman.

30.S : Ayat apakah yang diulang-ulang sebanyak 10 kali dalam satu Surah dan disurah apa ?
Apakah ayat ini ada juga disebut dalam surah lainnya? Di Surah apa ?

J : Ayat ( ويل يومئذ للمكذبين ) pada Surah al-Mursalat, juga ada dalam Surah al-Muthafifin ayat No. 10.

31.S : Apakah Ayat terpanjang dalam al-Qur'an ? pada Surah apa? Ayat berapa ?

J


Tuesday, April 21, 2015

teknik perebah suami

ADAKAH SEMUA INI YG SUAMI ANDA MAHUKAN...HAHA...
SEKADAR BERKONGSI PETUA2, YG BERI MANAFAAT BERSAMA. Sebagai isteri, tahukah anda akan cara terbaik dan adab dalam melayani suami? Jika belum mengetahuinya, panduan berikut mungkin boleh membantu.

1. Sekiranya suami marah, isteri patut mendiamkan diri. Jangan amalkan sikap suka menjawab. Ini hanya akan menambahkan lagi kemarahan suami. Sekiranya anda berdegil, suami mungkin akan keluar dari rumah atau tidak bertegur sapa dengan anda.

2. Sekiranya suami pulang ke rumah, sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan segeralah meminta maaf. Tidak perlulah menunggu suami melutut di depan anda kerana lelaki punya egonya yang tersendiri.

3. Ada kalanya suami suka mengusik isterinya. Apabila apa yang dilakukan menyentuh perasaan, janganlah cepat merajuk. Ia merupakan sikap yang tidak matang dan keanak-anakan. Sebaliknya tunjuklah sikap sporting dan ketawalah dengan usikannya.

4. Jika suami berhajat sesuatu, hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera jika disuruh dan janganlah melengahkan kemahuannya sehingga mencetuskan kemarahan. Jangan sesekali bersikap acuh tak acuh dengan suami.

5. Apabila kehendak suami dan anak-anak bertembung, dahulukan kehendak suami. Melayani suami memberi satu pahala yang cukup besar buat seorang isteri.

6. Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami senang memandang dan bergurau senda dengan nya. Ketahuilah bahawa bergurau senda antara suami isteri juga salah satu ibadah yang diredhai Allah.

7. Mintalah izin dari suami terlebih dahulu sebelum berpergian dan menggunakan harta suami baik kereta mahu pun wang yang diberikan. Jangan amalkan sikap pergi dan guna dahulu beritahu kemudian.

8. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami dan bukan mengikut selera isteri. Suami akan gembira sekiranya seleranya dipenuhi. Ikutlah pepatah Inggeris, '' a away to win a man's heart is through his stomach''.

9. Jangan biarkan suami memakai baju yang terkoyak kerana ia akan memberi petanda anda bukan isteri yang pandai mengurus suami. Jahitlah dengan cantik dan kemas kerana ia juga melambangkan peribadi anda. Suami akan berasa bangga sekiranya pakaiannya dijahit sendiri oleh isterinya.

10. Apabila misai atau janggut suami kelihatan panjang, segeralah memotongnya, paling tidak ketiplah kuku suami. Pilihlah hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

11. Air minuman suami terutama kegemarannya hendaklah sentiasa disiapkan walaupun sekadar air sejuk. Jangan tunggu suami minta, sebaliknya hidangkan terus buat suami sebaik dia pulang ke rumah.

12. Jangan membuat perkara yang boleh memebebankan atau menyusahkan hati suami seperti menambah hutang di kedai perabot ataupun bergaduh dengan jiran. Sebaliknya lakukan sesuatu yang boleh menyenangkan hati suami seperti menjaga anak dan rumah tangga dengan baik dan teratur.

13. Hargailah pemberian suami walaupun ia cuma hadiah yang kecil. Jangan sepahkan barang yang telah diberikan olehnya kerana ia boleh mengecilkan hati suami. Setiap pemberian suami itu ada nilainya yang tersendiri.


Monday, April 20, 2015

hadiah Terbaik


Hadiah Terbaik:
1.Kepada kawan – Kesetiaan
2.Kepada musuh – Kemaafan
3.Kepada ketua – Khidmat
4.Kepada yang muda – Contoh terbaik
5.Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan


Ustazah Asmah


Saturday, April 18, 2015

usang

SEJARAH
KENAPA AZAN DGN PEMBESAR SUARA TIDAK BOLEH DI SINGAPURA
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻
Assalamualaikum. ...

Sekadar  self- reflection
( muhasabah diri sebagai Muslim):

DISEBALIK PERLAHANNYA
LAUNGAN AZAN


Bila ada petisyen minta azan diperlahankan di masjid2 kerana mengganggu penduduk setempat MP muslims d Singapore sgt marah. Maka  PM singapura masa tu Lee Kuan Yew telah  membuat tinjauan d masjid2 d singapura pd waktu solat fardhu utk melihat sendiri bilangan jemaah yg hadir..

Ditanyanya apakah rasional dilaungkan azan?maka MP Muslims menjawab "supaya kaum muslimin dtg bersolat di masjid".

Jika azan sepatutnya mendapt respon 500 muslims di kwasan itu kenapa hanya 2 baris ( 2 saf - lebih kurang 30 org)  yg hadir setiap kali solat fardhu. Dan keadaan ini sama sepanjang 2 bulan tinjauannya.

Maka katanya lagi -permintaan siapakah yg wajar dipertimbangkn ...majoriti penduduk yg merasakan azan bising dan mengganggu atau cuma 30 org yg menyahut seruan azan itu ?


Friday, April 3, 2015

tahwan ?

bila menteri kata kat kita
kita gelak2 saja
bila kawan kata kat kita
rasa mcm nk ludah jer muka kawan kita tuu