Search This Blog

Sunday, November 8, 2015

ciuman berwudhuk

Ulamak berbeza pendapat mengenai hukum menyentuh kulit perempaun ajnabi (yang halal dinikahi), apakah membatalkan wudhuk? 
Menurut mazhab Syafi'i, hukumnya batal secara mutlak (tanpa syarat). Ini termasuk dengan isteri sendiri.

Mazhab Maliki : Menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wudhuk jika dengan tujuan `talazzuz' (berlazat-lazat), atau mendapat kelazatan ketika bersentuhan.

Hanafi : Menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak, samada dengan tujuan talazzuz atau merasainya ketika bersentuhan.

Mengapa mereka berselelisih pendapat?

Ulamak Syafi'i berdalilkan, firman Allah Taala :

"Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan." (al-Maidah:6) 
Mereka menafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas- dengan maksud bersentuhan (al-lams) 
Hanafi pula menafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan. Penafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah, katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. mencium/kucupnya, sedangkan baginda berpuasa, dan sabdanya: Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wudhuk dan tidak membatalkan puasa (Riwayat Ishak bin Rahawiyah dan al-Bazzar)

Ada hadis lain riwayat al-Nasa'i dan Ahmada, juga dari Aisyah, katanya :
Nabi mencium sebahagian dari isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang, dan tidak berwuduk. 
Manakala Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh ulamak syafi'i dan hanafi.

(lihat: Dr Muhamad Bakar Ismail di dalam al-Feqh al-Wadhih minal Kitab was Sunnah, vol 1, hal 62) 
Wallahu 'alam


Friday, November 6, 2015

tidur isyak

artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.
Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3jam sahaja. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 malam hingga 12 malam (tapi kita di zaman skrg ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dàn bangun jam 2pagi...itu dah lebih dari baik).
Berdasarkan sunnah, Rasulullah saw sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat 'Baraka' di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur.


sir henry guni

Bagi mereka Henry Gurney yang berlumuran darah rakyat Palestin dan rakyat Malaya itu adalah "Sir Yang Mulia" manakala mereka yang menentang penjajah adalah "penderhaka", "pengganas" dan macam-macam lagi.

Namum siapakah sebenarnya Sir Henry Gurney ini.

Apa tugas dia dan jasa beliau sehingga ada banyak tanda peringatan khas buat beliau.Perkongsian sahabat tentang fakta sebenar siapa Henry Gurney.

Apa kerja beliau ?

- Henry Gurney berkhidmat dengan King Royal Rifle Corps dari 1917-1921.

- Kemudian menyertai pasukan perkhidmatan di tanah jajahan British di Kenya pada
1921.

- Kemudian menjadi Pembantu Setiausaha Tanah Jajahan di Jamaica ( 1935),

- Ketua Setiausaha ke Persidangan Gabenor-Gabeno Afrika Timur (1938 - 1944),

- Setiausaha Tanah Jajahan Gold Coast, Australia (1944 - 1946),

- Ketua Setiausaha Kerajaan Palestin (1946 - 1948).

- Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu pada (1948-1951)

Sejarah yang kita tahu pasal beliau adalah pernah menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu.

Dan pasal Rancangan Briggs yang dijalankan oleh beliau untuk menghapuskan komunis di Tanah Melayu.

Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu.

Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya, Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier.

Pada 7 Oktober 1951,ditembak mati di Bukit Frazer.

Namum sejarah awal sebelum dia datang ke negara kita tidak pula kita ambil kisah.

Tahukah anda bahawa sebelum dia datang ke Tanah Melayu, beliau berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kerajaan Palestin.

Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948).

Apa kerjanya dan apa jasa dia di Palestin ? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.

Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948),dimana di dalam peristiwa Dier Yasin itu, penduduk Palestin telah dihalau oleh pendatang Yahudi.

Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin.
Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin,beliau telah meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin di dalam Peristiwa Dier Yasin tersebut.

Malangnya, nama beliau di sanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda.

Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!

Jadi apakah kita mahu sanjung orang putih ini? Sir Henry Gurney yang telah menyiksa rakyat Palestin.

Elok sangat guru Sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka.

Moga mereka tahu kisah sebenar Sir Henry Gurney.

Terbongkar satu lagi penyelewengan sejarah.

Kisah Sir Henry Gurney.
Mei 1948 Henry Gurney mengganas di Deir Yasin Palestine. Okt 1948 ke Kuala Lumpur sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia


marah bisik

MENGAPA HARUS MENENGKING KETIKA MARAH ?
Seorang ulama bertanya ;
Kenapa orang suka bercakap dengan lantang / menjerit / menengking apabila sedang marah?
Muridnya menjawab ;
Kerana kita hilang sabar, kita menjerit.
Ulamak itu berkata ;
Tetapi, kenapa harus menjerit pada orang yang ada di sebelahmu?
Kan mesej itu sampai juga tanpa bsuara tinggi?
Ulamak itu menjelaskan ;
Bila 2 orang saling marah, hati mereka akan menjauh.
Untuk dapat menempuh jarak yang jauh itu, mereka terpaksa menjerit agar boleh di dengar.
Semakin marah, semakin jauh jarak, dan semakin keras jeritan...
Ulamak itu berkata lagi ;
Cuba renung pula bagaimana apabila 2 insan jatuh cinta?

Mereka tidak menjerit kepada satu sama lain.

Mereka berbicara lembut, karena hati mereka berdekatan.

Jarak antara 2 hati itu tidak ada, malah ia sangat dekat..
Dan apabila mereka semakin mencintai,

Mereka tidak lagi berbicara. Hanya berbisikan dan saling mendekat, dalam kasih-sayang.

Akhirnya, mereka bahkan tidak perlu lagi berbisikan.

Memadai mereka cukup dgn saling memandang. Itu saja.