Search This Blog

Wednesday, January 4, 2017

Tuesday, December 13, 2016

kelau sekiranya amalan itu baik



tentulah para sahabat akan mendahului kita dalam mengamalkannya
...


Tuesday, September 27, 2016

mandang

FIKIR2....😊🤔😊

Seorang lelaki kaya melihat melalui tingkap dan melihat seorang lelaki mengambil sesuatu dari tong sampah itu. Beliau berkata, Alhamdulillah saya tidak miskin.

Orang miskin melihat sekeliling dan melihat lelaki telanjang berkelakuan tidak senonoh di jalan. Beliau berkata, Alhamdulillah saya tidak gila.

Orang gila memandang ke hadapan dan melihat ambulans yang membawa pesakit. Beliau berkata, terima kasih Allah aku tidak sakit.

Kemudian seorang yang sakit di hospital menyaksikan troli mengambil mayat ke bilik mayat. Beliau berkata, Alhamdulillah saya tidak mati.

Hanya orang yang mati tidak boleh bersyukur kepada Tuhan. Mengapa kamu tidak bersyukur kepada Tuhan hari ini untuk memberikan anda peluang untuk hidup hari yang lain?

Kehidupan:
Untuk memahami dengan lebih baik, anda perlu pergi ke 3 lokasi:

1. Hospital.
2. Penjara.
3. Kubur.

* Di Hospital, anda akan memahami bahawa tiada apa yang lebih cantik daripada KESIHATAN.

* Dalam Penjara, anda akan melihat KEBEBASAN itu adalah perkara yang paling berharga.

* Di perkuburan, anda akan menyedari bahawa hidup ini tiada bernilai apa-apa. Hakikatnya kehidupan hari ini akan menjadi bumbung kpd kita di hari esok.

Oleh itu, marilah kita tetap merendah hati dan bersyukur dengan segala-galanya.

Wallahu a'lam...

ihsan salin tampal


Monday, February 29, 2016

kongsi



Kata kata hikmah


"Saya ada RM 1, awak ada RM 1. Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing.

Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu, kemudian kita betukar-tukar ilmu itu, masing-masing akan ada 2 ilmu".

Seorg budak prempuan bersujud ketika lihat ais krim. Maka org tnya kpd dia: kenapa sujud? Dia pun jwb: mak saya bila dia gembira dia akan sujud tanda syukur pd Ilahi.
Perelokkanlah didikan ke atas anak²mu.

👍👍👍👍

Seorang lelaki membaiki penghawa dingin masjid kemudian dia tolak upah yg diberi dan berkata: mak saya berpesan supya tidak ambil upah kerja utk masjid.
Org2 kagum dgn mak dia dan saya kagum dgn kbaikannya.

👍👍👍👍

Seorg org yg soleh ditanya mengapa pergi ke masjid sblum azan.  Dia jawab: azan utk pringatan kpd org2 yg lalai/lagho/ralik. Dan saya berharap aku tak tergolong dlm klgn mereka!! ( kita mohon dgn Allah akn kesejahteraan,keselamatn dunia akhirat)

👍👍👍👍

Aku tnya dia knapa kamu sentiasa tamak minum air di masjid padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Dia jwb: supaya org yg letak air di masjid diberi gnjaran.

👍👍👍👍

Bilamana sampai  kpd kamu gosip2 ttg sseorg drpd mereka maka biarlah gosip tu terhenti stakat kamu shj. Dan klau betul terjadi berita tu berhenti stakat kamu shj, brmakna kmu tlah dpt phala tutup aib org. Baragsiapa yg tutup aib mna2 muslim, Allah akn tutup juga aib dia.

👍👍👍👍

3 doa yg wajar kmu ingt utk dibaca semasa sujud2 kamu:-
1. Ya Allah, aku mohon dgn Mu pengakhiran yg baik.
2. Ya Allah, kurnialah kpd ku taubat nasuha sblum aku mati.
3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.
(Tnpa sbrang pengkhususan)

👍👍👍👍


Wednesday, February 24, 2016

berjemaah

MENINGGALKAN SOLAT JEMAAH ANTARA CIRI KAUM MUNAFIQ DI ZAMAN NABI

Meninggalkan solat jemaah bagi kaum lelaki, merupakan satu perkara normal di zaman kita ini. Akan tetapi, di zaman sahabat, hanya kaum munafiq sahaja yang sengaja meninggalkan solat jemaah.

قَالَ عَبْدُ اللَّهِ:  لَقَدْ رَأَيْتُنَا وَمَا يَتَخَلَّفُ عَنْ الصَّلَاةِ إِلَّا مُنَافِقٌ قَدْ عُلِمَ نِفَاقُهُ أَوْ مَرِيضٌ
'Abdullah bin Mas'ud radiallahu 'anhu berkata: Aku telah melihat di zaman kami yang mana tiada seorang pun yang akan meninggalkan solat (jemaah) kecuali orang munafiq yang dikenali kemunafiqannya atau orang yang sakit.

إِنْ كَانَ الْمَرِيضُ لَيَمْشِي بَيْنَ رَجُلَيْنِ حَتَّى يَأْتِيَ الصَّلَاةَ
Orang yang sakit akan berjalan dengan dipimpin dua orang lain sehingga dapat menghadiri solat (jemaah).

وَقَالَ: إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَّمَنَا سُنَنَ الْهُدَى وَإِنَّ مِنْ سُنَنِ الْهُدَى الصَّلَاةَ فِي الْمَسْجِدِ الَّذِي يُؤَذَّنُ فِيهِ
Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah mengajar kepada kami jalan kebenaran. Sesungguhnya antara jalan kebenaran itu itu solat di masjid yang dilaungkan azan padanya.

Dalam riwayat seterusnya disebutkan:

وَلَوْ أَنَّكُمْ صَلَّيْتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ كَمَا يُصَلِّي هَذَا الْمُتَخَلِّفُ فِي بَيْتِهِ لَتَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ
Seandainya kalian mendirikan solat (fardhu) di rumah-rumah kalian sebagaimana orang yang tidak hadir solat jemaah lalu solat dirumahnya, nescaya kalian akan meninggalkan sunnah nabi kalian.

وَلَوْ تَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ لَضَلَلْتُمْ
Seandainya kalian meninggalkan sunnah nabi kalian, kalian akan sesat.

وَمَا مِنْ رَجُلٍ يَتَطَهَّرُ فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ ثُمَّ يَعْمِدُ إِلَى مَسْجِدٍ مِنْ هَذِهِ الْمَسَاجِدِ إِلاَّ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِكُلِّ خَطْوَةٍ يَخْطُوهَا حَسَنَةً وَيَرْفَعُهُ بِهَا دَرَجَةً وَيَحُطُّ عَنْهُ بِهَا سَيِّئَةً
Tidaklah seseorang itu bersuci dan memperbaguskan bersucinya (iaitu wudhu) kemudian dia pergi ke salah satu masjid yang ada, melainkan Allah akan merekodkan untuk setiap langkahnya itu satu kebaikan dan meninggikan darjatnya dengan kebaikan itu, dan menghapuskan pula daripada orang itu satu kejahatan.

[Sahih Muslim, Kitab al-Masajid wa Mawadhi' as-Solat, no: 654]

Ayuh, kita ikuti jalan para sahabat yang mana mereka ialah umat yang diredhai Allah. Bersama-sama kita menjauhi 'sunnah' orang munafiq. Sunnah padanya hidayah, meninggalkan sunnah menghampiri kesesatan.