Search This Blog

Saturday, May 2, 2015

takaful prudential penipu ?

TAKAFUL PRUDENTIAL PENIPU BESAR INSURAN

Saya Muhd Shakir Assalam Bin Ya (850925-115717) merupakan bapa kepada UWAIS BIN MUHD SHAKIR ASSALAM (121219-03-1057) No. Sijil Prudential : 95680918.

Anak saya dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana Kota Bharu Kelantan pada 29 April 2015 kerana mengalami demam akibat keracunan makanan. Sebagai pemegang polisi insuran Takaful Prudential semenjak September 2013, anak saya akan di`cover` akan kos rawatan hospital oleh pihak Takaful Prudential.

Apabila anak saya dimasukkan ke wad 433, isteri saya dimaklumkan bahawa anak saya gagal mendapat GL daripada Takaful Prudential. Agen Takaful Prudential terus menghubunggi saya dan memaklumkan bahawa terdapat sedikit masalah pada GL anak saya dan mohon berjumpa untuk memberi penerangan selanjutnya.

Melalui perbincangan saya dan agen Takaful Prudential anak saya bernama  ABDUL AZIZ MOHAMED, dia menyatakan bahawa pihak Takaful Prudential menghantar Decline Letter sebab anak saya telah masuk hospital sebanyak 3 kali dalam tempoh 12 bulan. Maka kali ini adalah kali 3, maka anda kena pay and claim.

Saya menyatakan bahawa polisi Insuran anak saya tidak terdapat syarat sedemikian. Dia menyatakan `ya` , tidak terdapat syarat sedemikian dalam POLISI INSURAN anak saya.

Saya mendapatkan Decline Letter yang dihantar oleh pihak Takaful Prudential kepada Hospital Pakar Perdana . No. Ruj Surat : Claim/15040825/sclbus Tarikh : 29/04/2015. Dalam surat tersebut menyatakan:    We regret to inform that we are unable to admit liability on the above claim due to the following :  1.  20.  In any case Covered Person requires three (3) or more admissions for minor illess within a twelve (12) month period, the Covered Person may pay and file claims which will be subjected to reimbursement rules.

Akibat tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh pihak Takaful Prudential, saya terus menghubunggi Customer Care 03 20537188. Panggilan saya dijawab oleh pegawai bertugas yang bernama Puan Hanum. Beliau menggesahkan bahawa Decline letter adalah astas sebab yang saya nyatakan tadi. Saya tekankan bahawa tidak terdapat syarat tersebut dalam polisi anak saya. `Ya Betul` tidak terdapat dalam polisi anak tuan tetapi Members of Committe telah buat satu undang-undang kecil dan ia tidak terdapat dalam polisi , jelas Puan Hanum. Saya bertanya , semenjak bila undang- undang ini diperkenalkan ? . Ia berkuatkuasa semenjak  JANUARI 2015. Saya tegaskan lagi bahawa polisi yang saya tandatangani untuk anak saya adalah pada SEPTEMBER 2013 dan mengikut ilmu matematik 2013 adalah sebelum 2015. Puan Hanum membalas undang-undang ini terpakai kepada setiap pemegang polisi baru dan lama. Adalah tidak adil semasa saya tandatangani polisi syarat ini tidak ada dan kamu kenakan syarat baru kepada kami, ini adalah kerja-kerja syaitan, jelas saya. Saya meminta No. Telefon pegawai yang Members Of Commitee yang meluluskan undang-undang kecil ini setelah Puan Hanum gagal menjawab pertanyaaan saya, dia engan memberi No. Telefon berkenaan.

Untuk memastikan perbualan saya ini adalah betul, saya cabar pihak Takaful Prudential untuk mendedahkan rakaman perbualan saya dan Puan Hanum

Apa yang pasti sekarang ialah undang-undang itu baru sahaja diperkenalkan tetapi pemegang polisi yang telah lama pun turut serta tertakhluk kepada undang-undang baru ini. Dalam maklumat saya POLISI TAKAFUL PRUDENTIAL anak saya, tidak ada klausa yang menyebut POLISI TAKAFUL PRUDENTIAL ini adalah tertakhluk kepada perubahan semasa yang dilakukan oleh SYARIKAT TAKAFUL PRUDENTIAL.

Hari ini, anak saya boleh keluar daripada Hospital Pakar Perdana dan saya terpaksa membayar bill hospital.

Hari ini juga, sudah terang lagi bersuluh, bahawa Takaful Prudential menipu dalam kes ini. Penipuan yang dilakukan ini benar-benar menzalimi Pemegang Polisi Takaful Prudential. Penipuan yang berlaku ini adalah amalan Syaitan dan sekutunya. Paling menyedihkan nama TAKAFUL yang ada pada PRUDENTIAL itu adalah melambangkan syarikat ini adalah Islamic


No comments:

Post a Comment